Hampir
kebanyakan mahasiswa yang memasuki alam kampus di universiti akan
mengalami perubahan dalam diri, sama ada perubahan besar atau kecil,
mahasiswa yang mencorakkannya. Apakah
perasaan anda ketika mula-mula menjejakkan diri ke alam kampus?
Perasaan terkejut, sedih, gembira, hairan, serba tidak kena pasti akan
menyelubungi diri anda. Namun itu hanyalah permulaan kepada perjuangan anda bergelar mahasiswa di universiti. Jika
itu adalah permulaan, bagaimana pula di pertengahan dan di penghujung
perjuangan seorang mahasiswa untuk menggenggam segulung ijazah?
Apa persiapan anda?
Menurut
penulis dan motivator, Ahmad Fadzli Yusof, terdapat beberapa aspek
penting untuk menentukan pembangunan dan kejayaan diri seorang mahasiswa
dalam menghadapi cabaran hidup di kampus. Lima aspek tersebut adalah:
1. Aspek Fizikal
Kesihatan
tubuh badan amat penting untuk mahasiswa memberikan sepenuh tumpuan
dalam apa jua yang dilakukan sama ada di bilik kuliah atau di luar bilik
kuliah. Mahasiswa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan seharusnya menjauhi budaya
merokok dan pengaruh dadah.
2. Aspek Mental
Sebagai mahasiswa, otak yang sihat amat diperlukan untuk mengingat fakta sepanjang proses pembelajaran. Kesihatan otak dipengaruhi oleh gaya pemakanan, aktiviti harian dan sebagainya.
3. Aspek Spiritual
Pendirian
yang tetap perlu ada pada diri seorang mahasiswa bagi menempuh gaya
hidup di kampus yang serba mencabar. Jika ada tetap pendirian, maka
mahasiswa tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang
negatif.
4. Aspek Emosi
Setiap
insan dibekalkan dengan emosi dalam dirinya dan menjadi tanggungjawab
seseorang itu untuk mengawalnya. Emosi yang stabil amat penting supaya
dapat memberikan tumpuan dan supaya sistem pembelajaran tidak terganggu.
Perasaan rindu pada kampung halaman, putus cinta dan bebanan kerja
kursus yang banyak antara faktor utama yang boleh mengganggu kestabilan
emosi seseorang mahasiswa. Untuk mengatasi masalah ini, mahasiswa perlu menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
5. Faktor Kemahiran
Seseorang
mahasiswa perlu tahu dan menguasai kemahiran konseptual, teknik dan
kemahiran sosial. Skill konseptual seperti keupayaan untuk berfikir
secara analitikal, skil membuat analisis, berfikir
secara objektif, kepandaian dalam menyelesaikan masalah, keupayaan untuk
berhujah serta boleh melihat sesuatu perkara itu dari sudut keseluruhan
bukannya dari satu sudut sahaja. Skil teknikal yang perlu dikuasai
adalah kemahiran belajar dan kemahiran teknologi maklumat (ICT).
Manakala kemahiran sosial adalah hubungan interpersonal dan
intrapersonal, keupayaan menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran berucap
di khalayak awam.
Univerity is a hub of knowledge and knowledge ia not only confined to degrees that undergraguates will obtained upon graduation.
ReplyDeleteHere I would to share another "degree" that I obtained in my 4 years of campus life that has helped more to secure my first job and until today in my career. Hope you can do better than I did since there many more " degrees" in university that will help you in the real life after that...http://dress-to-up.blogspot.com/2013/07/my-presentation-idols.html