Kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian pada bulan ini sedikit panduan temuduga untuk anda.
Berikut adalah tips-tips tersebut:
Kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian pada bulan ini sedikit panduan temuduga untuk anda.
Dalam mendapatkan sesuatu kerja, cabaran pertama
harus ditempuhi ialah temuduga kerja. Jika kita berjaya melalui dengan penuh
sukses temuduga kerja tersebut, maka peluang akan lebih cerah untuk mendapatkan
pekerjaan tersebut.
Berikut adalah tips-tips tersebut:
1. Buat persediaan rapi sebelum temuduga dengan
membuat sedikit research tentang
syarikat (jika swasta) atau kementerian/jabatan (jika badan kerajaan) melalui
internet.
2. Sediakan 3 set resume berserta salinan sijil-sijil ko-kurikulum dan transkrip
peperiksaan akhir semester anda.
3. Pastikan resume anda dilekatkan dengan gambar
foto passport yang real. Bukan yang diprint daripada komputer.
4. Cari idea-idea untuk jawapan soalan-soalan
yang lumrah pasti ditanya ketika temuduga seperti soalan "Tell me about your-self."
5. Duduk secara menegak di atas kerusi, bukan
membongkok.
6. Sentiasa melihat tepat ke arah mata
penemuduga yang sedang bercakap dengan anda.
7. Sepanjang temuduga berlangsung, bertenang dan
releks kan diri anda seboleh yang mungkin.
8. Jangan pandang tempat lain ketika anda sedang
bercakap menjawab soalan penemuduga.
9. Nyatakan kekuatan anda (jika ditanya) yang
boleh dikaitkan-rapatkan dengan skop tugasan jawatan yang anda ditemuduga
tersebut.
10. Jika anda diminta untuk menyatakan apakah
kelemahan anda, nyatakan sahaja. Tapi setelah itu, pastikan anda nyatakan juga
bagaimana anda mengatasi kelemahan anda tersebut.
Semoga dengan tips-tips ini akan membuatkan anda lebih bersedia ketika
temuduga.
http://dress-to-up.blogspot.com/2013/07/tip-tip-ketika-temuduga-kemasukan.html
ReplyDelete