Saturday, 17 November 2012

600 Palapes UiTM gempur Bukit Katil

MELAKA 14 Nov. - Seramai 600 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggempur Parlimen Bukit Katil bagi menjayakan program Sekilas Kasih Jiwa Murni baru-baru ini. Mereka menyahut cabaran melalui program turun padang menjalankan tugas-tugas khidmat masyarakat kepada komuniti dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan di Parlimen Bukit Katil. Program Palapes UiTM itu adalah kerjasama kerajaan negeri bersama Majlis Tertinggi Kelab Sukarelawan Intelek (KSI), Persatuan Warisan Anak Merdeka dan institusi pengajian tinggi (IPT). Artikel Penuh: 600 Palapes UiTM gempur Bukit Katil

No comments:

Post a Comment