Bulan ICAN anjuran Pejabat Jaringan
Industri dan Masyarakat (ICAN), UiTM telah bermula pada 12 November
lalu. Terdapat 14 program yang dijadualkan akan berjalan serentak di
seluruh UiTM sehingga 13 Disember ini.
Antara porgram yang akan
dijalankan seperti Hari Kesedaran Undang-undang, Kerja Amal ’Rumah
Tampal’ Orang Asli, Konferensi Antarabangsa Standard Pelancongan Islam
Pertama (IITSC 2012), Larian Kemanusiaan Rohingya dan Rakhine, Pesta
Rasa-rasa Hidangan Malaysia 2012 dan Mercy Malaysia VIP Training Siri
Ke-3.
Acara pelepasan konvoi Bulan ICAN telah disempurnakan oleh
Naib Canselor, YBhg Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, diiringi
Timbalan Naib Canselor Jaringan, Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof.
Dr
Norsaadah Ismail bertempat di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.
Kebanyakan
program akan dijalankan secara usaha sama dengan fakulti, kampus,
jabatan, staf akademik, mahasiswa, industri, komuniti dan organisasi
luar. Program ini adalah susulan dan juga peningkatan kepada program
Anugerah Kecemerlangan Perhubungan Industri dan Masyarakat (AKPIM 2012)
yang pernah diadakan pada awal tahun.
Program sebegini diharap
dapat menjadikan UiTM sebagai pemangkin kepada pengayaan dan peningkatan
transformasi ilmu yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.
Sumber: www.uitm.edu.my
No comments:
Post a comment