Friday, 30 November 2012

Penuntut Malaysia Cemerlang

PENUNTUT dari beberapa institusi pengajian tinggi dan kemahiran tempatan melakar kecemerlangan dan pencapaian membanggakan pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC ) 2012 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Kejayaan penuntut-penuntut itu bersaing dengan peserta antarabangsa jelas membuktikan bahawa Malaysia memiliki kualiti dan berkebolehan dalam kemahiran yang diceburi seterusnya mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, dalam usaha mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, negara memerlukan modal insan berkemahiran tinggi di samping berpengetahuan dan memiliki teknologi canggih.

Menurut beliau, pekerja berkemahiran tinggi mampu mencipta teknologi yang boleh menghasilkan produktiviti lebih kreatif terutama di dalam sektor kemahiran tinggi.
Setakat ini, jelasnya, sebahagian daripada rakyat Malaysia mempunyai tahap kemahiran tinggi iaitu setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga ke atas.
"Sehubungan itu, soal kemahiran kerja patut diberi penekanan kepada penuntut di negara ini sekiranya kita mahu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 nanti," katanya ketika menghadiri ASC 2012 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. 

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Nasir Mat Dam; Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Datuk Ramli Hassan; Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia; Dr. Jalaludin Harun; Ketua Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd. Majid dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Nidzam Kamaruzaman.

Maznah yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ASC 2012 berkata, pertandingan itu merupakan landasan kepada peserta negara untuk bertanding, mendapat pengiktirafan, memperolehi peluang untuk menonjolkan bakat kemahiran di peringkat Asean dan seterusnya di peringkat dunia.
Antara kejayaan yang dikecapi pasukan negara pada pertandingan tersebut ialah memperoleh tiga pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada ASC 2012.

Pemenang pingat emas mengikut kategori dimenangi oleh Amran Naim (Plumbing And Heating), Nik Mohd. Fakhrul Razi (Elektrical Installitions), dan Chen Kim Leun (Cooking).
Ketiga-tiga mereka layak mewakili negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013 yang akan diadakan di Leipzig, Jerman.

Empat pingat perak pula berjaya diperolehi oleh Ooi Chian Jian (Restaurant Services), Lewi Steven (Wall & Floor Tailing), Mohamad Faizal Abdul Malik (Mechanical Engineering CADD), Muhamad Aizat Shaari (Refrigeration Air Conditioning).

Manakala empat pingat gangsa dimenangi oleh Muhammad Zulkarnain Sudin (Cabinet Making), Mohd. Syazwan Hashim (Welding), Abdul Latif Ibrahim (Welding), dan Ruqaiyah Azhari (Fashion Technology).
Dalam pertandingan itu, 14 pelajar Malaysia turut menerima Sijil Kecemerlangan ASC 2012.

Sumber : Utusan Online

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20121126/ka_01/Penuntut-Malaysia-cemerlang#ixzz2DhAOTP3F
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment