
Setiap orang pasti mempunyai tabiat buruk. Tabiat buruk adalah satu perkara yang perlu dikawal dan disembunyikan. Jika berkemampuan, tabiat buruk perlu dibuang jauh-jauh daripada kehidupan anda. Ia tidak membawa keuntungan, malahan akan memberikan kerugian kepada anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai tabiat merokok, anda perlulah membuang tabiat tersebut jauh-jauh, kerana apalah gunanya anda mempunyai tabiat tersebut? Terdapat 5 cara umum yang biasanya digunakan untuk membuang tabiat buruk yang dimiliki.
Buat Senarai
Buat
Senarai Pro dan Kontra terhadap sesuatu tabiat buruk yang anda miliki.
Tuliskan di atas kertas mengenai kelebihan dan kekurangan tabiat anda
itu. Berlaku jujur dengan diri anda ketika menulis sebarang kekuatan dan
kelemahan tabiat tersebut. Selepas anda menyelesaikan barisan pro dan
kontra tabiat anda itu, letakkan ia di atas timbangan minda anda dan
lihat samada pro atau kontra yang lebih berat. Sekiranya anda mendapati
bahawa tabiat buruk anda tidak patut diteruskan, maka sudah semestinya
anda perlu tahu apa yang anda patut lakukan.
Elakkan
Anda
sepatutnya mengelakkan daripada terlibat dengan aktiviti buruk supaya
anda tidak terbiasa dengan perkara atau perbuatan tersebut. Sekiranya
anda tidak berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan tabiat
buruk anda, maka anda akan terus-terusan melakukannya sehinggalah anda
menyedari tabiat buruk anda itu tidak sepatutnya anda teruskan. Berusaha
untuk mengelakkannya untuk sehari. Anda perlu berkata kepada diri anda
bahawa anda tidak patut melakukannya untuk hari ini.
Menahan
Menahan
Menahan
diri daripada melakukannya semula adalah lanjutan daripada usaha anda
untuk mengelakkan diri daripada tabiat buruk anda itu. Selepas anda
mengelakkannya, anda juga perlu menahan diri bukan sekadar untuk hari
ini, tetapi juga anda perlu meneruskannya untuk keesokan harinya pula.
Sekiranya anda berjaya menahan untuk dua hari, tidak mustahil untuk anda
menahan diri daripada melakukannya untuk tempoh dua hari lagi. Cubalah!
Istiqamah
Anda
perlu tetap pendirian di dalam mengekalkan kekuatan menolak tabiat
buruk anda itu. Kekuatan dalaman perlu anda keluarkan sekiranya anda
ingin berjaya di dalam usaha anda itu. Pada kebiasaannya, akan ada
anasir atau unsur luar yang cuba mengganggu gugat usaha anda dan pada
ketika itulah segala kekuatan yang anda miliki perlu anda gunakan untuk
melawan diri daripada melakukan semula tabiat buruk anda itu. Jika anda
boleh mengelakkan diri dan menahan daripada melakukan tabiat buruk anda
untuk dua hari, tetapkan pendirian anda untuk lima hari pula. Akhirnya
anda akan tiba ke satu keadaan di mana anda boleh secara semulajadi
menolak daripada melakukan tabiat buruk anda.
Fokus
Anda
juga perlu fokus terhadap matlamat untuk membuang tabiat tersebut. Ya,
anda tidak boleh cukup sekadar mengatakan yang anda mahu terbang di awan
tanpa menyebutkan sekali bila anda ingin terbang di awan. Anda perlu
menetapkan matlamat anda. Cara untuk mencapai matlamat anda itu adalah
dengan fokus terhadap matlamat tersebut. Sekiranya matlamat anda adalah
untuk membuang tabiat buruk anda jauh-jauh, tetapkan matlamat anda dari
aspek kebolehcapaian, tempoh masa, realistik dan sebagainya supaya lebih
mudah anda untuk mencapai matlamat tersebut. Akhirnya, fokus terhadap
matlamat yang anda telah tulis itu.
Apa juga tabiat buruk yang anda
miliki, ianya harus dibuang supaya ia tidak mengaibkan diri anda suatu
hari nanti. Anda perlulah kuat dan tabah untuk membuangnya kerana tiada
guna anda untuk memiliki satu tabiat buruk. Pilihlah untuk memiliki
tabiat yang baik dan positif, kerana keuntungan daripada tabiat yang
baik pastinya akan berbalik kepada diri anda juga dan begitulah
sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah selera!
Sumber : Blog Motivasi Cemerlang
No comments:
Post a comment