Monday, 31 December 2012

Happy New Year 2013

 
MyUniversiti.com mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 semoga kehadiran tahun 2013 ini akan memberikan kita lebih kejayaan dan kecemerlangan. Bersama ini kami sertakan 2 tips bagaimana untuk set azam tahun baru.

Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.

Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2013. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.

Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.

Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2013. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2013 ? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2013.

No comments:

Post a Comment