Institut Integrasi Utama Avicenna (IIUA) telah ditubuhkan pada 10 Mei 2010 di milik penuh syarikat bumiputera. IIUA bertekad menjadi satu institusi pendidikan terunggul dalam menghasilkan graduan kompeten, berilmu luas, berkemahiran tinggi dan mempunyai attitude keusahawanan yang baik serta kemahiran insaniah yang tinggi.
Matlamat IIUA ialah melahirkan
professional yang berfikiran kritis, matang dan yang seimbang sahsiah dirinya.
Mengembangkan ilmu berguna kepada masyarakat bagi meningkatkan gaya kehidupan
sihat dan dinamik dan memupuk semangat keusahawanan di kalangan graduan.
IIUA kini menawarkan dua program
pengajian peringkat diploma dan sijil. Diploma Opticianri bakal melahirkan
graduan yang bertanggungjawab sebagai Juruoptik bertauliah yang mempunyai
pengetahuan asas anatomi, fisiologi dan optik penglihatan di dalam menguruskan
pesakit serta mampu melakukan preskripsi kepada pesakit berumur 8 tahun ke atas
disamping mempunyai kemahiran teknikal di dalam mengendalikan instrumentasi
oftalmik.
Sijil Teknologi Optik bakal melahirkan graduan yang bertanggungjawab sebagai Juruteknologi Optik yang mempunyai pengetahuan kanta oftalmik yang baik dan mampu memberi perkhidmatan peracikan oftalmik yang betul dan bermutu kepada pelanggan
IIUA kini membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM dan pendaftaran kemasukan kini dibuka. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan dan pendaftaran boleh menghubungi talian 03-7831 5900 atau faks 03-7831 5901 atau emel ke info@iiua.edu.my. Layari lamanweb iiua.edu.my.

No comments:
Post a Comment