Thursday, 20 December 2012

Konvokesyen Ke-13 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra

Konvokesyen Ke-13 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra cukup meriah dengan 867 pelajar telah menerima ijazah hasil usaha dan pengorbanan mereka selama ini.



Paling menarik perhatian, seorang warga emas, V. Raja Rajeswary berusia 67tahun, adalah antara 867 pelajar Open University Malaysia (OUM) yang menerima ijazah hari ini sempena konvokesyen ke-13 universiti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Beliau yang mempunyai dua orang anak dan empat orang cucu menerima ijazah Sarjana Pendidikan daripada Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah. Rajeswary yang bersara sejak 17 tahun lalu dan kemudiannya menjadi kakitangan Kolej Masterskill secara kontrak selama lapan tahun berazam menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah.

OUM juga turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada Rektor Eszterhazy Karoly College, Hungary, Dr Zoltan Hauser dan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Pengasas Villa College, Maldives, Qasim Ibrahim.

Bagi Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia, ia diberikan kepada Juliana Ngahdirin, graduan Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian. Seramai 6,271 graduan menerima ijazah dalam lapan sesi konvokesyen.

Tahniah pada yang berjaya.

No comments:

Post a Comment