Pertumbuhan universiti di Malaysia amat pantas dengan IPTS
& IPTS masing – masing mempunyai kelebihan tersendiri. Dengan pertumbuhan
ini menjadikan banyak pilihan dan pilihan tepat sukar diperolehi. Terdapat
beberapa panduan yang boleh diambil dalam memilih Universiti terbaik dan sesuai
dengan anda.
Kenal pasti bidang apa yang menjadikan institusi ini
dikenali. Adakah kelebihannya, kemudahan yang disediakan menepati keperluan
industri. Buatlah semakan melalui online dan bertanya pada mereka yang pernah
belajar di sana.
Pilih Institusi yang memiliki kredibiliti.
Komuniti yang bakal membantu anda dalam pelajaran merupakan
aspek penting. Pensyarah yang memiliki PHD dan ramai pakar pendidikan merupakan
aspek kualiti yang terbaik.
Pengalaman lebih diutamakan
Lazimnya, majikan mengutamakan kemahiran dan pengalaman. Dengan
itu anda harus memilih institusi yang memberikan pengetahuan dan kemahiran yang
menepati kehendak kerjaya serta pembangunan diri.
Institusi yang bagus tidak semestinya mahal.
Terdapat berbagai-bagai institusi yang menawarkan pembiayaan
pengajian berpatutan. Kemudahan pembiayaan termasuklah Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional, MARA dan Yayasan Negeri membolehkan anda mencapai impian.
Pembangunan sahsiah menjadikan anda graduan berkualiti
Aktiviti kokurikulum di institusi pengajian tinggi termasuk
latihan amali, menghadiri persidangan atau seminar boleh membangunkan kemahiran
ilmiah. Contoh pemikiran kritis, komunikasi, kreativiti dan penyelesaian
masalah penting untuk kerjaya dan masa depan.
Pastikan kesesuaian Kolej/Universiti pilihan
Lakukan lawatan ke institusi tersebut. Rasai pengalaman
menghadiri kelas serta bergaul di pusat pelajar agar anda dapat merasai
pengalaman sebagai sebahagian daripada komuniti pelajar institusi pengajian
tinggi.
Semoga maklumat ini dapat membantu anda membuat keputusan
terbaik demi masa depan anda.
No comments:
Post a Comment