Mahasiswa merupakan aset penting dan bakal meneraju kepimpinan negara pada masa akan datang. Bagi memastikan matlamat menjadi kenyataan mahasiswa perlu sedar dan mengamalkan tindakkan yang akanmembawa mereka ke arah kecemerlangan. Terdapat beberapa tips untuk menjadi Mahasiswa cemerlang yang boleh diketengahkan.
Mahasiswa yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan member suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku pasti BOLEH!'
Jangan Bersikap Pesimistik
Mahasiswa cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu
sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan
lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula
berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah
pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
Kesedaran Memikul Tanggungjawab
Mahasiswa yang cemerlang mempunyai kesedaran dan
kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang Mahasiswa yang
menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada
masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan Negara pada masa akan
datang bergantung pada generasi muda masa kini. Mahasiswa yang cemerlang
ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Mereka yang menyedari hakikat
ini sudah pastiakan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut
tercapai.Tumpun Sepenuh Hati
Mahasiswa yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran Pensayrah di kuliah. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap Mahasiswa yang kurang berjaya. Mahasiswa yang suka ponteng kuliah adalah mereka yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'berjaya' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
Mulakan dari Awal
Mahasiswa yang cemerlang membuat persediaan awal
apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira samaada tugasan &
peperiksaan akhir semester. Persediaan awal
akan membezakan pelajar yang Berjaya dengan yang bakal gagal. Persediaan awal
ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan,
meminta nasihat pensyarah, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya
lagi. Jangan jadi 'bidanterjun' kedewan peperiksaan.
Sentiasa Bersedia
Mahasiswa yang cemerlang sentiasa bersiap sedia
untuk menghadapi sebarang bentuk tugasan, ujian atau peperiksaan yang bakal
diadakan oleh pihak Universiti. Mahasiswa yang
Berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan
bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan
esok? Mahasiswa cemerlangakan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
Lengkapkan Persiapan
Mahasiswa yang cemerlang menyediakan keperluan
peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku
latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi.
Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan
yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan
hati anda atau melemahkan.Semoga tips ini dapat membantu anda dalam menjadi Mahasiswa cemerlang dan berjaya.
No comments:
Post a Comment