Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
menilai semua kolej swasta seluruh negara melalui Sistem Pengukuran Kualiti dan
Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) untuk memastikan tahap pendidikan ditawarkan
memenuhi kriteria yang ditetapkan.
MyQUEST akan berperanan mengukur tahap kualiti pendidikan
keseluruhan kolej swasta yang berdaftar
dengan sektor pengajian tinggi.
Pengukuran penarafan dibuat
berdasarkan penilaian laporan kolej, laporan kluster dan laporan pelajar
antarabangsa. Sebelum ini KPT sudah mempunyai Sistem Penarafan Institusi
Pengajian Tinggi (SETARA) untuk mengukur pencapaian universiti dan kolej
universiti, maka MyQUEST pula untuk kolej-kolej swasta.
Proses penarafan kolej-kolej swasta
dibuat untuk meningkatkan lagi kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) negara.
Hanya tiga
buah kolej atau 1.4 peratus daripada 210 kolej swasta yang aktif di negara ini
mencapai taraf enam bintang manakala 72 buah lagi (34.3 peratus) berada di
bawah paras kurang memuaskan.
Tiga kolej
tersebut ialah Kolej Perubatan Pulau Pinang, Kolej Segi Subang Jaya dan Kolej
Taylor Subang Jaya. Kolej bertaraf lima bintang pula ialah sebanyak 9.5 peratus
(20 kolej), empat bintang sebanyak 28.6 peratus (60 kolej) dan selebihnya
bertaraf tiga bintang dan ke bawah.
No comments:
Post a Comment