Sunday, 9 December 2012

Panduan Memilih IPTS Yang Paling Sesuai



 
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) merupakan pilihan kedua bagi yang tidak dapat ke IPTA malah IPTS setanding dengan IPTA kerana mereka juga dinilai dan di audit oleh MyQues, SETARA & MQA bagi menjamin mutu pendidikan dan graduan yg dikeluarkan.

Disediakan beberapa Langkah Bijak yang perlu di ambil dalam memilih ke IPTS,

Semak dan fahami terma & syarat yang ditetapkan oleh IPTS tersebut bagi memastikan anda memahami syarat – syarat yang ditetapkan. Syarat biasanya meliputi tempoh pembayaran yuran yang perlu anda selesaikan mengikut semester atau kaedah yang ditetapkan.

Pelajar digalakkan supaya melawat IPTS tersebut terlebih dahulu. Bagi memastikan anda mendapat keselesaan dari berbagai aspek seperti kemudahan asrama, kemudahan pengangkutan dan sebagainya kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran anda. Kebanyakan IPTS yang kecil mengabaikan perkara ini dan ini satu kerugian bagi anda kerana kadar yuran yang hampir sama dengan IPTS yang telah bertaraf Kolej Universiti anda mendapat keselesaan.

Jangan terpengaruh dengan tawaran iklan yang disiarkan seperti pemberian Komputer Riba percuma dan sebagainya. Banyak IPTS menawarkan pakej berkenaan namun anda tidak sedar pemberian percuma tersebut telah dimasukkan ke dalam yuran anda dan menjadi lebih mahal. Pastikan anda mengkaji dahulu tawaran tersebut bagi memastikan benar – benar menguntungkan anda. 

IPTS yang diminati mestilah berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi memastikan kualiti pendidikan yang anda dapat itu di iktiraf dan berkualiti anda boleh membuat semakan Online di laman web KPT sama ada IPTS tersebut berdaftar atau tidak.

Kursus yang ditawarkan telah di akreditasi oleh MQA yang mengawal program setiap IPTS.  Akreditasi ini merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency ( MQA ) kepada kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian. Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda dalam memilih IPTS terbaik untuk masa depan anda.



   

No comments:

Post a Comment