Friday, 21 December 2012

Perlindungan Pelajar IPTS


Bermula tahun depan 2013, setiap universiti swasta, kolej universiti dan kampus cawangan universiti luar negara perlu membayar RM100,000 manakala kolej swasta RM10,000 sebagai yuran perlindungan pelajar.



Yuran itu adalah jaminan perlindungan penuntut sekiranya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berhadapan risiko ditutup dan menjejaskan penuntut menamatkan pengajian mereka. 

KPT memutuskan untuk mengumpul sejumlah wang sebagai yuran perlindungan dari IPTS dalam bentuk bon jaminan, insurans dan deposit.

Dengan langkah ini IPTS diharap dapat membayar jumlah yang ditetapkan untuk memastikan pelajar terlibat akan mendapat bayaran balik jika IPTS berkenaan ditutup secara tiba-tiba bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di tempat lain sekali gus melindungi penuntut daripada institusi yang tidak bertanggungjawab.


No comments:

Post a Comment