Thursday, 17 January 2013

China Iktiraf 71 IPT Tempatan


Sebanyak 71 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran China. Kesemua IPT berkenaan melibatkan 20 Universiti Awam, 26 Universiti Swasta dan selebihnya Kolej Universiti.
Berikutan pengiktirafan itu KPT menjangkakan berlaku peningkatan sehingga 50 peratus terhadap jumlah kemasukan pelajar China di IPT tempatan. Sehingga kini, terdapat kira-kira 10,000 pelajar dari China menyambung pengajian dalam pelbagai bidang di negara ini.

Antara IPT yang diiktiraf ialah Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Malaya (UM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Senarai IPT berkenaan boleh disemak menerusi laman web Kementerian Pelajaran China di www.moe.edu.cn/ publicfiles/ business/htmlfiles/ moe/moe_857/201301/146812.html.


Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment