Kemana Hala Tuju Anda Selepas SPM
KEMANA HALA TUJU ANDA.
Debaran menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012
semakin hampir. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal
menentukan masa depan sendiri tanpa panduan yang lengkap. Akhirnya
memilih bidang-bidang tertentu dalam keadaan tergega-gesa. Pemilihan
hendaklah berdasarkan minat dan kecenderungan selain keputusan
peperiksaan.
Berikut adalah sedikit maklumat mengenai pilihan kerjaya/halatuju selepas SPM, mungkin boleh memberi sedikit gambaran kepada pelajar lepasan SPM:
1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih
universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke
universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum
ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
2. Kolej Matrikulasi
Selain program Asasi, anda boleh memohon matrikulasi samada dalam
aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan
kejuruteraan.. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh apply UPU lagi
di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Anda boleh
mengikuti program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk
mengikuti program ijazah. Ada juga program matrik 2 tahun, bergantung
kepada keputusan SPM anda.
3. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.
Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Difahamkan ada 3
politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku
Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara
politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang
ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa
taraf sijil adalah sama dengan SPM cuma gaji permulaan lebih sikit.
Diploma sama dengan STPM, tapi gaji permulaan lebih sikit.
4. Kolej-kolej
Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi
kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk
kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang diiktiraf MQA
(dahulunya LAN).
Ada juga kolej yang menawarkan program diploma
bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Teknologi
Timur ada ditawarkan program diploma UiTM.
5. Tingkatan 6
Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi
terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila
masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Lagipun
biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki IPT.
Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan
sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada
sedikit kelonggaran.
Dengan keputusan yang baik, lepasan STPM boleh terus buat Ijazah pertama.
No comments:
Post a Comment