Prof. Dr. Yahaya Ibrahim angkat martabat UniSZA dalam senarai 20 IPTA
Prof. Dr. Yahaya Ibrahim (gambar) yang dilantik sebagai Naib
Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang baharu mempunyai
visi untuk mengangkat martabat, sekali gus melonjakkan kedudukan
universiti itu dalam senarai 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
di negara ini.
Beliau yang mula memikul tanggungjawab itu berkuat kuasa 1 Januari
lalu berkata, bagi tujuan itu, pelbagai usaha akan dilakukan bagi
membolehkan UniSZA tidak lagi terkebelakang dan berada pada kedudukan
tercorot dalam senarai universiti awam tempatan.
"Kita akan berusaha untuk mengeluarkan UniSZA dari kedudukan paling
bawah dalam senarai IPTA ketika ini dan menunjukkan universiti ini ada
kelemahan dalam pelbagai sudut.
"Berdasarkan penilaian dibuat Kementerian Pengajian Tinggi, misi kita
adalah untuk menaikkan kedudukan itu dalam senarai sekarang, itu
sasaran saya," kata anak kelahiran Terengganu itu ketika dihubungi Mingguan Malaysia
Sumber Utusan Online
No comments:
Post a comment