Sunday, 6 January 2013

Permaisuri Agong bangga MSU muncul universiti cemerlang

TUANKU Hajah Haminah berkenan menyampaikan Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Imran Khan Jallaldeen pada Majlis Konvokesyen Ke-12 MSU di Shah Alam.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Management and Science University (MSU) mengekalkan kedudukannya sebagai antara universiti cemerlang di Malaysia menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2011 (Setara 11).

Seri Paduka yang merupakan Canselor MSU bertitah, kejayaan yang dicapai oleh MSU adalah berkat kegigihan semua pihak di universiti tersebut berusaha mencapai kecemerlangan dan meletakkan kualiti mereka sama taraf dengan universiti-universiti terkemuka di negara ini.

"Sesungguhnya beta merasa amat bangga apabila dimaklumkan tentang pencapaian MSU yang telah berjaya menempatkan diri sekali lagi dalam 'tier 5' iaitu universiti cemerlang di Malaysia.

TUANKU Hajah Haminah berkenan menyampaikan Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Imran Khan Jallaldeen pada Majlis Konvokesyen Ke-12 MSU di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment