Institut Sains dan Teknologi Darul
Takzim (INSTEDT) kini mengorak langkah ke arah pembentukan Kolej Universiti
menjelang 2014.
Kolej tersebut telah berjaya
berkembang menjadi salah sebuah kumpulan pendidikan tinggi swasta milik
bumiputera yang terbesar di negeri Johor sejak penubuhannya pada 1997.
Pembentukan Kolej Universiti membolehkan
tawaran khusus di peringkat ijazah ditawarkan kepada pelajar bagi memenuhi
keperluan pasaran kerja di negara ini. INSTEDT kini sedang dalam persediaan ke
arah status tersebut dan dalam proses menghantar dokumen kepada Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT).
INSTEDT telah melahirkan graduan
yang berkualiti tinggi selari dengan kehendak pasaran kerja dan keseluruhan
graduan mendapat mendapat pekerjaan dan merupakan sebuah institusi pendidikan
yang menjadi penyedia tenaga kerja di masa depan.
Kursus yang ditawarkan menekankan
pendidikan bersifat hibrid setaraf dengan institusi pengajian tinggi dalam dan
luar negara yang turut mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA).
INSTEDT juga sedang dalam
perbincangan awal untuk berkerjasama dengan universiti antarabangsa di Korea
bagi memberi nilai tambah kepada kursus dan para pelajar dan menyasarkan untuk
menerima kira-kira 800 pelajar pada kemasukan April ini meliputi 13 kursus yang
ditawarkan sekarang,
No comments:
Post a comment