Saturday, 2 February 2013

Penjelasan Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan pengambilan utk Ijazah dan penerapan selepas Diploma


Saya menerima banyak soalan berkenaan dgn pengambilan utk ijazah dan penerapan selepas diploma. Saya berharap selepas penjelasan ini tak ada lagi isu utk ditimbulkan.

Setiap program syarat kelayakan berdasarkan merit yg berlainan mengikut persaigan. Ada yg perlukan cgpa lebih dari 3.5. Program2 kejuruteraan sangat popular. Merit tinggi diperlukan. Ada program yg kurang popular mungkin syarat merit lebih rendah. Syarat merit utk kampus Shah Alam lebih tinggi. Sebab itu penukaran ke Shah Alam tidak dibenarkan.

Ramai nak tukar kampus dan program. Senat dah putuskan tidak ada menukaran kampus atau program. Keputusan muktamad.

15 ribu pemohon cukup syarat minima.Tempat terhad. Dari diploma melebehi 12 ribu. Dari matrix dan STPM hampir 3 ribu. Tempat yg disediakan 10 ribu itupun melebehi kapasiti. Tawaran adalah mengikut 4 pilihan pelajar

Lebih dari 5000 akan kecewa termasuk ramai lagi yg tak cukup syarat. Setiap sem sama shj. . Utk setiap program pemohon cukup syarat minima beribuan. Tempat yg disediakan tak melebehi 100 - 200 utk setiap program mengikut kapasiti. Fikir2kan bagaimana nak masukkan semua yg layak.

Ada banyak lagi Universiti yg tak cukup pelajar. Cuba disitu. Walaupun di situ UiTM sentiasa di Hati ku. Rayuan tak mestinya dapat. Merit masih digunakan. UiTM telah melakukan yg terbaik


Sumber : Facebook Prof. Dr. Sahol

No comments:

Post a Comment