Sunday, 3 February 2013

Sembilan IPTS Jalani Semakan Kelestarian


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menyemak kelestarian sembilan buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bermasalah bermula Februari ini.


IPTS terbabit ialah Universiti Selangor (Unisel); Kolej Universiti Insaniah (KUIN); Malaysian University of Science and Technology (MUST); Asian Institute of Medicine, Science & Technology (AIMST) University; Twintech University College of Technology; Kolej Universiti Islam Selangor; Linton University College; Kuala Lumpur Metropolitan University College; dan Lincoln University College. 

Semakan menerusi inisiatif yang baharu diperkenalkan itu bertujuan mengesan perjalanan sesebuah IPTS seperti tadbir urus dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Mohammed Khaled menegaskan, kerajaan mengambil berat soal perkhidmatan dan kualiti penawaran program pengajian termasuk infrastruktur yang disediakan. Kajian semakan ini akan dilakukan oleh wakil-wakil dari IPT awam dan IPTS terpilih bermula pertengahan Februari.

Sumber : Utusan Online
 

No comments:

Post a Comment