
Sebuah Universiti Islam Maya yang
menggabungkan 285 universiti Islam daripada 51 negara di bawah Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC), akan ditubuh pada tahun depan.
Menurut Rektor Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Zaleha Kamaruddin, idea menubuhkan
universiti yang dikendalikan Persekutuan Universiti-Universiti Islam Dunia
(FUIW) itu bertujuan membantu mereka yang rendah taraf celik huruf selain
menyebarluaskan ajaran agama Islam.
Universiti maya ini hanya memerlukan
mereka berinteraksi atas talian tanpa perlu ke luar negara untuk belajar di
mana-mana universiti Islam. Pembelajaran akan dilaksana secara atas talian
iaitu berkomunikasi melalui sidang video antara pelajar dengan pensyarah
sesuatu subjek.
Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
merupakan penyumbang utama sumber kewangan untuk projek itu serta menyediakan
kawasan bagi pembinaan ibu pejabat universiti maya tersebut.
Penubuhan universiti maya ini
diharap dapat menyediakan peluang pendidikan kepada semua orang tidak kira di
mana pada setiap masa dengan kemudahan kos yang efektif.
Universiti Islam maya ini juga
merupakan usaha dalam menyumbang kepada perkembangan sains, seterusnya
membangunkannya dengan nilai-nilai Islam.
Sumber : Utusan Online.
No comments:
Post a comment