Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 seperti butiran berikut:
Tarikh | : | 23 & 24 Mac 2013 (Sabtu & Ahad) |
Masa | : | 8.30 pagi hingga 5.30 petang |
Tempat | : | Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam |
Objektif Penganjuran Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 adalah sebagai platform untuk bakal mahasiswa khususnya mendapatkan informasi berkaitan program-program yang disediakan oleh UiTM dan secara langsung membantu bakal mahasiswa dalam memastikan mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dipilih serta mengurangkan kadar ‘tersalah pilih program’ dan ‘pertukaran program’. Bakal mahasiswa juga amat digalakkan untuk membuat semakan kelayakan melalui laman web www.selangkah.uitm.edu.my
Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 turut menyediakan slot Taklimat Fakulti. Taklimat Fakulti ini akan memberi pendedahan dan ruang kepada bakal mahasiswa untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang disediakan oleh 25 buah fakulti di UiTM.
Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 ini juga diadakan di seluruh UiTM Kampus Cawangan.
(klik untuk besarkan)

Sumber : UiTM
No comments:
Post a Comment