Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
2012 akan diumumkan isnin ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan
mereka di sekolah masing – masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon
persendirian akan memperolehinya melalui Pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat
pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM, RESULT, jarak, nombor kad pengenalan
dan hantar ke 15888.
Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web
MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12
tengah hari.
Pada tahun 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan
STPM di 760 pusat peperiksaan. Daripada jumlah itu sebanyak 47708 merupakan
calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 27958 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.
Calon peperiksaan penggal 1 STPM 2013 boleh juga menyemak
keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menggunakan SMS pada 21 Mac
nanti.
No comments:
Post a Comment