
Biasiswa Dalam & Luar Negara
Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat peringkat pengajian seperti berikut:
- Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
- Biasiswa Ijazah Pertama ke Luar Negara
- Biasiswa Pra-Universiti (Alpha) di Universiti Multimedia (MMU)
- Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Multimedia (MMC)
- Biasiswa ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Kelayakan & Syarat Permohonan
Pengajian Luar Negara- Peringkat Pra-Universiti
- o Terbuka kepada lepasan SPM 2012.
- o Memperolehi A dalam 8 subjek termasuk 5 subjek wajib berkaitan kursus*
- Peringkat Ijazah Pertama
- o Kelulusan cemerlang di peringkat A-Level, Matrikulasi atau kelayakan yang setaraf.
- Peringkat Pra-Universiti di Universiti Multimedia
- o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 sahaja.
- o Memperolehi minima A dalam mana-mana 4 subjek wajib berkaitan kursus*
- Peringkat Diploma di Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Multimedia (MMC)
- o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun satu peringkat Diploma.
- o Memperolehi minima B dalam 5 subjek wajib berkaitan kursus* atau minima CGPA 3.00
- Peringkat ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- o Kululusan cemerlang di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma atau kelayakan yang setaraf.
- o Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3.
Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web Yayasan TM. Calon lepasan SPM hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan. www.tm.com.my/ytm
Tarikh Tutup permohonan : 30 Mac 2013.
Sumber : TM
No comments:
Post a comment