Wednesday, 3 April 2013

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi

 Peneraju Tunas Potensi 2013
Biasiswa ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi yang memberangsangkan serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar negara. Biasiswa penuh ditawarkan termasuk yuran penuh akademik, elaun sara hidup, dan sokongan pembangunan insaniah.

A. Kelayakan permohonan
Pelajar layak memohon biasiswa ini sekiranya memenuhi kelayakan berikut:

  1. Bumiputera (lepasan SPM/STPM 2012)
  2. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A (A+ / A / A-) dalam mana-mana mata pelajaran; atau
    Lulus STPM dan memperolehi sekurang-kurangnya 2A
  3. Pendapatan isi rumah ibu/bapa atau penjaga pemohon tidak melebihi RM3,000 sebulan
  4. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi
  5. Tidak menerima mana-mana tajaan pendidikan

B. Bidang-bidang yang ditawarkan
Terbuka untuk semua bidang.


C. Sila baca kandungan pautan ini sebelum meneruskan permohonan:

D. Langkah-langkah untuk memohon:

  1. Klik 'Daftar untuk Memohon' (butang di bahagian bawah laman ini).
  2. Setelah selesai mendaftar, e-mel akan dihantarkan kepada alamat e-mel yang anda daftarkan. Sila periksa juga 'Junk' / 'Spam' jika tidak menerima e-mel tersebut melalui 'inbox' anda.
  3. Klik pautan yang terdapat di dalam kandungan e-mel untuk terus ke borang permohonan dalam talian ('online').
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, sila e-melkan ke potensi@penerajuedu.com.
Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk dan kata laluan, sila e-mel ke password@penerajuedu.com.
Pastikan anda sertakan:
(a) Nama penuh
(b) Nombor MyKad
(c) Nombor telefon yang boleh dihubungi
(d) Alamat e-mel alternatif


Daftar Untuk Memohon

1 comment: