Sunday, 7 April 2013

Biasiswa Yayasan Khazanah 2013

 
Biasiswa Yayasan Khazanah ditawarkan kepada pelajar yang memiliki kecerdasan, motivasi dan rekod pencapaian luar biasa yang berpotensi menjadi pemimpin yang mampu melakar semula masa depan.

Program ini diharap dapat melatih generasi pemimpin dalam perniagaan dan industri supaya boleh memberi sumbangan yang besar kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dan organisasi utama yang lain di dalam negara atau di seluruh dunia.

Yayasan Khazanah menawarkan 6 jenis biasiswa iaitu;

Program Biasiswa Khazanah Cambridge (Sarjana Muda)

Biasiswa Khazanah-Cambridge (Satjana Muda) menyediakan penajaan kewangan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di University of Cambridge.
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran bersyarat atau tanpa syarat untuk kemasukan ke Universiti Cambridge atau sedang mengikuti pengajian di Universiti Cambridge, dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Program Biasiswa Khazanah Cambridge (Siswazah)

Biasiswa Khazanah-Cambridge (Siswazah) menyediakan penajaan kewangan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti pengajian siswazah (Master/ PhD) di University of Cambridge.
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran bersyarat atau tanpa syarat untuk kemasukan ke Universiti Cambridge atau sedang mengikuti pengajian di Universiti Cambridge, dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Program Biasiswa Khazanah Global (Sarjana Muda)

Biasiswa Khazanah Global (Sarjana Muda) ini menyediakan penajaan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Program Biasiswa Khazanah Global (Siswazah)

Biasiswa Khazanah Global (Siswazah) ini menyediakan penajaan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian siswazah (Master/ PhD) di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Program Biasiswa Khazanah Watan (Sarjana Muda)

Biasiswa Khazanah Watan (Sarjana Muda) merupakan satu anugerah biasiswa berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan terpilih.

Program Biasiswa Khazanah Watan (Siswazah)

Biasiswa Khazanah Watan (Siswazah) merupakan satu anugerah biasiswa berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk mengikuti pengajian Siswazah (Master/ PhD) di universiti-universiti tempatan terpilih.

Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah perlu dibuat secara online di Permohonan Program Biasiswa Khazanah.

No comments:

Post a Comment