Pendekatan baru jamin masa depan pelajar, buka peluang kerjaya lebih baik
Usaha kerajaan menaik taraf 71 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) sejak Jun tahun lalu dan pembukaan dua KV kendalian swasta dan satu sekolah harian biasa, pelbagai inisiatif, peluang dan potensi baru mula dilihat selain keyakinan ibu bapa terhadap penubuhannya juga semakin meningkat.
Pendekatan terbaru kementerian
Anggapan negatif dan kerisauan ibu bapa anak mereka mungkin tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sukar mendapat pekerjaan jika menuntut di KV semakin lenyap berikutan pendekatan terbaru Kementerian Pelajaran ini terbukti memberi jaminan masa depan dan peluang kerjaya lebih baik.
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata ini terbukti menerusi permohonan masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan KV tahun ini yang begitu memberangsangkan.
Bagi sesi persekolahan bermula Februari lalu, katanya sebanyak 117,000 permohonan diterima berbanding 70,000 permohonan tahun lalu, namun kementerian hanya menerima dan menyediakan kira-kira 21,000 tempat.
“Ia satu pencapaian yang baik dalam usaha kerajaan mencapai sasaran pengambilan kira-kira 90,000 pelajar menuntut di KV menjelang 2020,” katanya.
Ahmad berkata, menerusi KV, sebanyak 12 bidang utama dengan 53 kursus ditawarkan. Bagaimanapun, hingga kini, hanya 31 kursus sudah berjalan, manakala selebihnya akan dilaksana secara berperingkat.
“Ini berikutan kementerian sedang berusaha menyediakan prasarana, kelengkapan serta alatan untuk pembelajaran (bagi baki kursus yang belum berjalan), selain mendapatkan tenaga pengajar diperlukan,” katanya.
Sijil, diploma KV diiktiraf
Mengulas lanjut, beliau berkata, sijil dan diploma lepasan KV diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), City and Guilds of London, di United Kingdom, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Tenaga dan Institut Kimpalan Malaysia (TWI).
Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian, Ahmad berkata lima universiti menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Beliau berkata, terdapat perbezaan ketara dari segi sesi pembelajaran di SMV dan KV. Di KV, pelajar menggunakan sistem semester dengan keputusan dinilai berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA), berjalan selama empat tahun.
Katanya, jika pelajar mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.0 pada akhir tahun kedua iaitu pada peringkat program persediaan KV, maka pelajar berkenaan diiktiraf seperti mendapat tiga kepujian dalam SPM.
“Sementara, pada peringkat program diploma iaitu tahun ketiga dan keempat, pelajar didedahkan dengan pembentangan amali atau sub kursus. Situasi ini sama seperti yang diamalkan di universiti awam dan swasta,” katanya.
Dalam memastikan pelaksanaan KV mencapai hasrat ditetapkan seperti digaris menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025, kementerian turut menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) tertentu.
Sasar 100 MOU
Bagi tahun ini, KPM menerusi BPTV menyasarkan menandatangani 100 memorandum persefahaman (MoU) dengan industri sebagai laluan kerjaya kepada lepasan KV, sementara sasaran 280 MoU menjelang 2016.
Ditanya sama ada berdepan masalah mendapatkan tenaga pengajar di KV, beliau berkata kini kebanyakan lepasan UTHM dan Maktab Perguruan Teknik Cheras diserap mengajar di KV.
“Kita juga melatih guru-guru KV yang sedia ada dengan menyediakan kursus dan latihan kemahiran hingga tahap tiga dan empat walaupun mereka memiliki ijazah atau diploma dalam bidang masing-masing,” katanya.
Sumber : B.harian
bolehkah kita sambung mengambil degree ke Universiti setelah mendapat diploma?
ReplyDeleteBoleh sambung degree di IPTA/IPTS..
DeleteBagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian, Ahmad berkata lima universiti menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Btok ke?? Smua sy dah tanya ... smua nk SPM....
DeleteAnak sy abis hujung tahun ni... kesian kat dia...buang masa 4 tahun for nothing !!!
Btok ke?? Smua sy dah tanya ... smua nk SPM....
DeleteAnak sy abis hujung tahun ni... kesian kat dia...buang masa 4 tahun for nothing !!!
asuk Program Kolej Vokasional ni senang. sebab cikgu jarang bagi fail, pelajar semua boleh dapat pointer3.++. yang tak boleh buat kerja pun boleh lulus, sebab cikgu2 gerenti luluskan punya.
Deleteada BM tu ada spm lah
Deletesebelum dapat diploma walaupun dah tamat pengajian x boleh minta apa2.dah try 3 hari lepas interview TLDM.kata nya adik x layak x de spm.
DeleteSenior saya dari KV layak ja sambung belajar dekat UPSI, act kalau pelajar yg betul² belajar dekat KV ni. Pointer dia boleh lebih dari 3.5 and above. Tapi kena betul² belajar la .
DeleteAdakah pelajar KV sekarang perlu menduduki SPM persendirian sbg persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA ?
ReplyDeleteNak tanya adakah lepasan kolej vokasional boleh berkhidmat dalam perkhidmatan awam?
ReplyDeleteTidak boleh setahu saya mereka perlu ada SPM or SPMV. Kecuali jawatan tersebut hanya jawatan rendah yang menggunakan sijil PMR or PT3 or darjah 6.
Deletedia orang ada BM yang setaraf dengan spm
DeleteSekarang ni dah ada BM dan Sejarah setaraf spm dah. Senior sambung belajar dia guna dvm ja. Tak amek pown spm. But kena bergantung kepada course yg ditawarkan la.
DeleteSekarang pelajar kolej vokasional dah boleh mohon kerja dekat kerajaan sebab dekat syarat SPA spm atau svm
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalaamualaikum, anak saya pelajar tahun 4 olej vokasional malaaysia jurusan kesetiausahaan pentadbiran. Apakah program ijazah yang boleh beliau memohon. moho pencerahan. terimakasih.
ReplyDeletePuan check www.mqa.gov.my laman untuk kelayakan dan pengiktirafan untuk melanjutkan pelajaran. setakat ni sijil/diploma kv tidak tersenarai
DeletePuan check www.mqa.gov.my laman untuk kelayakan dan pengiktirafan untuk melanjutkan pelajaran. setakat ni sijil/diploma kv tidak tersenarai
Deletemengapa saya ada terdengar desas desus yang mengatakan bahawa berkemungkinan pelajar kv ini cuma akan mendapat sijil kemahiran sahaja?
ReplyDeleteSaya dengar SVM atau sijil vokasional malaysia yang menggantikkan SPM tidak di iktiraf oleh kementerian??
ReplyDeleteSvm pon kementerian yang berikan bukan agensi lain
Deletesaya baru sahaja check website mqa tak wujud senarai vokasional dalam list mereka. Dan saya terus call mqa, jawapan mereka program diploma kolej vokasional buat masa ini tidak menetapi piawaian standard mqa.
ReplyDeleteApa yang dilakukan oleh kerajaan??? Masih sibuk berpolitik????
Mempermainkan masa depan budak2 ni semua. Tanpa SPM, nak lanjutkan ke peringkat degree pun tak boleh sebab tak diiktiraf mqa. Nak mintak kerja kerajaan dan swasta pun tak boleh.
mujur anak saya masih ditahun satu, masih ada masa untuk masuk semula sekolah kebangsaan untuk ambil SPM....bagaimana dengan mereka yang sudah ditahun 3 dan 4?
saya baru sahaja check website mqa tak wujud senarai vokasional dalam list mereka. Dan saya terus call mqa, jawapan mereka program diploma kolej vokasional buat masa ini tidak menetapi piawaian standard mqa.
ReplyDeleteApa yang dilakukan oleh kerajaan??? Masih sibuk berpolitik????
Mempermainkan masa depan budak2 ni semua. Tanpa SPM, nak lanjutkan ke peringkat degree pun tak boleh sebab tak diiktiraf mqa. Nak mintak kerja kerajaan dan swasta pun tak boleh.
mujur anak saya masih ditahun satu, masih ada masa untuk masuk semula sekolah kebangsaan untuk ambil SPM....bagaimana dengan mereka yang sudah ditahun 3 dan 4?
Saya pun sangat sedih bila tidak ada pengiktirafan dari MQA sedangkan bukan main lagi BPTV gembar gemburkan diiktiraf bagai.. mcmana dengan masa depan anak saya yang masuk tahun 3. Berapa ramai lepasan KV akan menerima impak besar atas ketidakperhatian mereka yg konon2 nak memperkasa sekolah vokasional.
Deletebiar betul cik... saya pelajar kv tahun 4 da... cume tunggu hujung tahun dan latihan industri.... 2.0 cgpa tuh salah... untuk akademik mesti 3.33 dan ke atas baru lepas persamaan 3 kredit spm... untuk vokasional 3.67
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMcm mna saya nk check kata sijil tu iktiraf ka dak?
ReplyDeletewww.mqa.gov.my atau boleh call mereka no telefon ada dilaman web
DeleteSaya pun dah telefon pegawai MQA dan mereka mengesahkan KPM mmg ada hantar permohonan untuk MQA tapi masih belum ada kata putus disebabkan pelajar KV tidak memiliki SPM. Sekiranya tidak diiktiraf MQA masalah bagi graduan KV untuk memohon kerja seperti yang dimaklumkan oleh En Syed Azhar apatah lagi menyambung pelajaran. Kasihan pada anak saya juga. Sedih kenapa KPM buat sambil lewa hal dan isu sebegini.
DeleteKolej Vakasianal adalah peringkat Sijil saja dan setaraf dengan SPM. Boleh Rujuk kenyataan media yg dikeluarkan Kementerian Pelajaran
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMaaf IPTA dan IPTS
DeleteNmpaknya mmg kerajaan ni menipu la...ank2 kita dijadikan bahan uji kaji..
ReplyDeleteMmg penipu....dh tahu gagal...tarik balik jgn nk di teruskan...malang sapa yg masukkan anak2 mereka ke sini.. tak ader hala tuju langsung !!!
DeleteNmpaknya mmg kerajaan ni menipu la...ank2 kita dijadikan bahan uji kaji..
ReplyDeleteMmg btol... anak anak kita dijadi kan bahan uji kaji mereka
DeleteSebenarnya sijil tu belum diitirraf oleh MQA..fakta salah ni
ReplyDeletekalau belum diiktiraf....maknanya pelajar2 sekarang xlakula diploma mereka...
DeleteMaaf bertanya.. Skrg dah di iktiraf ke
DeleteAdakah sijil vokasional malaysia dapat diguna pakai untuk memohon upu?
ReplyDeleteAdakah sijil vokasional malaysia dapat diguna pakai untuk memohon upu?
ReplyDeleteAdakah sijil vokasional malaysia dapat diguna pakai untuk memohon upu?
ReplyDeleteKalau dah habis kv ni boleh ke sambung dan tukar bidang ? kalau boleh , di mana dan bidang apa ? Mohon pencerahan
ReplyDeleteKlu tak dapat diploma boleh sambung mana je dgn sijil svm
ReplyDeleteKlu tak dapat diploma boleh sambung mana je dgn sijil svm
ReplyDeletesy slah sorang plajar sulong kv di kelantan tngh tnggu konvo bulan 8 nnti..ckgu kaunseling sy ad kata klau sy nk smbung blajar lpsni kena ambil muet dulu..huhu..keciwa
ReplyDeleteapa maksud muet dik...
DeleteMuet tu Malaysian University English Test kak..
DeleteSalam.. klu nk amek degree memang WAJIB amek MUET.. Tk kiralh lepasn kv, STPM, Matrik, Diploma dan lain2 lagi.
DeleteSalam.. klu nk amek degree memang WAJIB amek MUET.. Tk kiralh lepasn kv, STPM, Matrik, Diploma dan lain2 lagi.
Deletemcm sy yg bru thum 1 dn nk hbskn smpai svm je kt mne agknya tmpt yg boloe sy lnjutkn pljrn dn syarat kelayakannya...
ReplyDeletemacam mana kalau nak jadi tenaga pengajar anak saya tahun 3
ReplyDeletetenaga pengajar byk kak.. yg mne 1..?? klu tenaga pengajar kemahiran, kne ada at least diploma & sijil VTO.. klu tenaga pengajar diploma teknologi @ kejuruteraan, at least kne ada master dlm bidang berkaitan..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebolehkah saya mohon untuk sambung belajar di universiti selain daripada lima universiti yang ditawarkan
ReplyDeletesaudari kena refer dgn pegawai pendaftar (registrar) universiti.. setahu sy, setakat skrg ni, semua program Ijazah Sarjana Muda di universiti msh blom meletakkan DVM sbg syarat kemasukan ke program deorg.. ape2 pn, refer dlu dgn pegawai pendaftar universiti..
Deletebaru lagi amabil masa untuk kes DVM ini.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSya pelajar kolej vokasional sibu, sarawak. sya ambil accouting course kat situ. Sbenarnya lpas svm sya nk pndah ke universiti lain & tukar kursus. Bole tk pkai sijil akademik utk memohon ke universiti yg lain selain daripada 5 universiti yg dinyatakan di atas & tukar kursus yg lain?
ReplyDeletesy sorang pelajar dari sarawak. kolej vokasional matang. sy pun masih ragu2 dengan diploma dan sijil tahap 3 yg sy akn dapat nanti.. sedangkn cikgu yg mengajar sy masih ragu2 dengan kami akan kemasukan ke U. sy kursus teknologi pembinaan. hanya sampai tahap 3 dan diploma vokasional malaysia.
ReplyDeletesaya dari kolej vokasional perdagangan jb...kalo kos bisnes tu mngkn bole utk mhn msuk u
ReplyDeletecontoh kos bisnes:akaun,kesetiausahaan pentadbiran...pngrsn perniagaan...kesetiausahaan pntdbirn
ReplyDeletecontoh kos bisnes:akaun,kesetiausahaan pentadbiran...pngrsn perniagaan...kesetiausahaan pntdbirn
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteUniversiti mane yang boleh untuk pelajar kv for bussiness management ? Rasanya IPTA mungkin tak but IPTS maybe lhaa kowt , kalau boleh nak terus ke IPTA , nanti kang tak setaraf pulak dengan student degree IPTA sebab diorg semua dari Asasi , dip n matrik yang amek muet dan BBI test . Kalau kv lebih lebih kepada kemahiran n teknikal maybe politeknik , ILP or U yang ade dip kemahiran . Cuba kenalpasti betul2 U yang boleh menawarkan untuk student kv sebab ramai yang nak tahu halatuju yang sebenar . Sebab dah tanye pihak UMP pown tak amek dak2 kv . Mohon penjelasan yang sewajarnya :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteU mane yang lepas untuk pelajar kv ? Rasanya IPTA mungkin tak but IPTS maybe lhaa kowt , kalau boleh nak terus IPTA , nanti kang tak setaraf pulak dengan student degree IPTA sebab diorg semua dari Asasi , dip n matrik . Kalau kv lebih lebih kepada kemahiran n teknikal maybe politeknik , ILP or U yang ade dip kemahiran .
ReplyDeleteLaluan Teknikal & Vokasional bagi Graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia.
ReplyDeleteLaluan Teknikal & Vokasional tersebut berbeza dengan laluan akademik tradisional kerana graduan DVM perlu memenuhi 2 kriteria iaitu: (1) memperolehi pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya sehingga berumur 21 tahun; dan (2) mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) yang merupakan proses pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu daripada MQA. Graduan DVM boleh terus memohon untuk kemasukan ke IPT setelah memenuhi kedua-dua kriteria tersebut (sila rujuk carta di bawah).
Rujukan : http://www.mqa.gov.my/portalMQA/default/en/laluanDVM.cfm
This comment has been removed by the author.
DeleteMengapa kerajaan memperjudi nasib anak anak kita untuk dijadikan bahan ujikaji.?majority di kv adalah anak bangsa kita. Setelah 4 tahun disana mereka keluar dengan diploma yg tak diiktiraf.. sila berikan bukti yang ada pelajar di kv sudah mendapat tawaran sambung belajar di ipta atau ipts ? ..kenapa perlu tunggu 2 tahun utk bekerja dan mendapat APEL untuk melayakan diri memohon pengiktirafan utk sambung belajar ?..
ReplyDeleteMasuk Program Kolej Vokasional ni senang. sebab cikgu jarang bagi fail, pelajar semua boleh dapat pointer3.++. yang tak boleh buat kerja pun boleh lulus, sebab cikgu2 gerenti luluskan punya.
DeleteSaya pelajar kv tahun 2, tahun depan saya boleh sambung belajar di politeknik tak?
ReplyDeleteSaya Shahirah , pelajar tahun 3 (2016). Di kolej vokasional gombak.kursus kesetiusahaan pentadbiran. Bagi pendPat sy. Belajar di Kv tak semudah yg dijangka.walaupon tiada spm. Tapi Kami kena Lepas 2 peringkat laitu 2 tahun di Peringkat Svm. Dan 2 tahun DVM . Seperti yg Ramai tahu. Mqa tak betul2 Kan sah lagi pasal Sijil Kami. Tapi. Still Dlm process. Inshaa Allah. Ada rezeki secepat mungkin. Saya dah 3 tahun belajar kat Kv. Bukan senang. Nak dapat Sijil diploma di Kv ? Kalau Cakap pasal pointer. 3.++ pon tak senang bila. Dah masuk ke peringkat DVM. Semakin Banyak pasal kos. Dan pekerjaan yg Kami Akan. Belajar . Tak mudah. Sbb dalam belajar tiada yg mudah. Tujuan utk Msk Kv ada lah utk melahirkan pelajar2 yg berkemahiran untuk bekerja . So 70% pelajar digallkan utk bekerja Selepas hbis Kv Dan 40% utk Sambung belajar.
ReplyDeleteAnak saya di KVPD kursus ETE tahun 4, 2017 dgn pencapaian SVM 3.9 dan Kemahiran (kompeten) 4.0 pointer..
ReplyDeleteKalau x silap le mengikut penerangan yg diberikan, utk melayakkan anak2 kita menyambung pelajaran ke peringkat tinggi perlu ada DV dgn pointer 3.8 keatas serta pengalaman bekerja selama 2 tahun (not sure). Dengan adanya kedua2 tu meraka boleh mohon sambung belajar menerusi APEL (berdasarkan pengalaman kerja berkaitan dgn DV bidang yg diambil..rasanya camtu le.
4 tahun dah struggle apa salahnya bekerja mencari pengalaman 2 tahun utk sambung semula ambil ijazah...klu nak ambil jurutera profressional pun kena tgu 3 tahun berkerja baru boleh menduduki peperiksaan.
anak saya ambil jurusan teknologi pembinaan.skrg tgh ojt kt syarikat pembinaan.Buat masa ni byk company tak tahu lagi diploma kv ni.KV ni pon masih baru lagi.Plajar kv tamat pengajian ader 2 sjil-sijil kemahiran malaysia tahap 4 (skm) dan sijil diploma vokasional malaysia(dvm).bagi yg cemerlang pelajar boleh sambung peringkat ijazah,bagi yg kurang cemerlang plajar mesti melalui Apel 2 tahun.
ReplyDeleteanak saya ambil jurusan teknologi pembinaan.skrg tgh ojt kt syarikat pembinaan.Buat masa ni byk company tak tahu lagi diploma kv ni.KV ni pon masih baru lagi.Plajar kv tamat pengajian ader 2 sjil-sijil kemahiran malaysia tahap 4 (skm) dan sijil diploma vokasional malaysia(dvm).bagi yg cemerlang pelajar boleh sambung peringkat ijazah,bagi yg kurang cemerlang plajar mesti melalui Apel 2 tahun.
ReplyDeleteCadangan saya pihak kementerian perlu memberikan laluan untuk pelajar-pelajar vokasional menduduki SPM supaya masa depan mereka lebih terjamin.Dengan Sijil pelajaran, diikuti pula oleh sijil skm dan dvm meninggikan peluang mereka belajar di universiti dan mendapat pekerjaan di sektor awam
ReplyDeleteSaya pelajar tingkatan3 (2016) dan mendpt 7A tapi subjek math dan KH dpt C dan sains pula dpt E. Sy terfikir utk msuk ke KV ni dlm bidang pengurusan perniagaan.
ReplyDeletePersoalannye skrg, boleh ke sy sambung belajar ke universiti2 ni selepas tamat pengajian dan mendpt sijil DVM? Dan tk rugikah sy jika sy mensia2kn results PT3 ni sebab nak masuk KV?
Saya dulu macam tu juga.Saya dapat 6A untuk PT3 tahun 2016..tahun 2017 ni InshaAllah dah jadi tahun kedua di kolej vokasional. DUlu ramai orang tak setuju saya sia2kan result pt3 tu untuk pergi kv ..saya ambil course accounting ..
Deletesaya sarankan kalau adik nak gi kv, ambik course yang ada banyak peluang pekerjaan dan peluang belajar macam course berkaiatn perniagaan atau IT komputer.
Saya pun nak sambung belajar ke IPT lepas svm ni tpi x tau la boleh diterima pakai atau x tpi syratnya mesti melepasi pointer tinggi kalau nk stop sampai svm. so kalau adik berani ambil cabaran dan yakin dengan peluang tu, dipersilakan ambil kv tpi kena ingat, kv lebih kepada amali ya..akademik tu sbgai basic je
Klau saye dpt kelas sains kejuruteraan dan tawaran ke kv...mne satu lebih bgos
ReplyDeleteKolej Autoprima tu diiktiraf ke semua diplomanya untuk ke peringkat ijazah?
ReplyDeleteSaya pelajar kv yang dah menamatkan diploma 4 tahun. saya ingin memohon untuk sambung degree tapi tak boleh sebab tak de sijil muet. mohon pencerahan
ReplyDeletesya mahu bertanya. sekarang tawaran ke uthm untuk intake september 2017 (6 feb 17 - 31 mac 17) bagi lepasan DVM sedang di buka. program yg ditawarkan adalah ijazah sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional dengan kepujian. syarat utama uthm adalah lepasan diploma (saya masih dalam OJT) , Muet (tiada lgy muet). sedangkan saya sekarang masih dalam predtikat (ojt). jadi saya cuma mahu penjelasan adakah saya boleh melanjutkan ke sana?. (ojt) akan tamat pada 7/4/17 .risax untuk diploma tidak keluar lgy, permohonan UPU akan ditutup pada 31 mac ini. jadi adakah sempat ?? dengan risax diploma tak keluar lagi, muet tak daftar lagy...jadi macam mana saya nak isi borang UPU kalau semua kelengkapan ini tiada???? mintak sangat2 anda reply.
ReplyDeleteAdakah saya layak untuk menukar course yang tidak berkaitan teknikal di Universiti setelah saya menerima Diploma Vokasional?
ReplyDeletepelajar lepasan ojt yg dapat diserap masuk oleh industri mereka boleh la dpt kerja...tpi yg tidak dapat masuk atau tak diserap masuk mcm sya nie mcm mana....nak mohon kerja kene ada sijil,sijil pon takde spm lagi la.....sijil diploma smpai skrg takdpat lagi
ReplyDeleteCan we continue take degree to university when we have diploma?
ReplyDeleteMalang bagi pelajar kv kohort 2012 & 2013 kerana mereka menjadi bahan kajian sahaja. Peluang untuk sambung ke institusi kemahiran sangat terbatas sebab tiada spm. Memang sangat merugikan anak bangsa. Kalau anak-anak yang ingin sambung belajar perlu ambil SPM dulu
ReplyDeleteMemang malang pelajar kv ni. Anak saya pelajar kv kohort 2013 bercita2 utk myambung pelajaran ttp tidak berjaya. Takde universiti yg nak mengambil mereka. Semua janji mengatakan 5 buah uni menrtima mereka adalah palsu
ReplyDeleteBoleh ke pelajar tuntut sijil SVM walaupun gagal?
ReplyDeleteTanya kaunselor
DeleteMinta pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah pelajar kv, mesti mengambil inisiatif yang sepatut nya supaya masalah pelajar kv di selesaikan
ReplyDeletehaihhh buang masa dan tenaga sya berpindah ke kv
ReplyDeleteRujuk kaunselor anda tentang MQA kursus anda
Deletedh 2 tahun sya berada di kv jika mereka tidak mengiktiraf sijil ni agak agaknya mcm mana saya nk corak masa depan saya?
ReplyDeleteAnak saya lulusan SVM dgn pointer yg bagus (A+,A-dan B+) semua subjek.
DeleteAnak tidak mahu teruskan ke DVM
Adakah mana2 IPTA fan IPTS yg blh terima SvM
Kalau kes macam ni, jarang IPT nak terima. Seeloknya dia habiskan dulu DVM. Kalau anak masih berdegil, minta bantuan kaunselor KV. Lagipun kalau dapat masuk IPT pun, dia kena pohon PTPTN @ loan lain. Gunakan masa KV sebaik mungkin. Sekarang ni suruh je dia maintain pointer atas 3.5
DeleteSijil Vokasional Malaysia telah diiktiraf dan setara dengan 3 kredit SPM
DeleteYou might comment on the order system of the blog. You should chat it's splendid. Your blog audit would be swell up your visitors. I was very pleased to find this site. diploma kopen
ReplyDeleteDiploma vokasional dikeluarkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA bukan daru tempat di mana anak anak kita belajar. Tp kalau MQA sendiri tak iktiraf, ada benda yg tak kene.. mnkin skrg ini dah ada penambahbaikan
ReplyDeleteMaaf kalau mencelah saya pelajar kv, antara sebab sebuah kolej tu tak dapat mqa adalah cara pembelajaran, peralatan kat kv tu cukup ke tak, tapi kalau tak cukup pihak kolej akan bagi inisiatif lain, kalau macam saya pihak kolej saya bagi peluang untuk berpindah ke kolej yang ada mqa, selain mqa kv juga boleh diiktiraf oleh mbot for techno jadi setiap penyelesaian ada jalan, kv sekarang makin lama makin ada standard dari yang lepas banyak kami nampak, pelajaran sekarang lagi susah dari dulu jadi saya nak mintak maaflah kalau saya ada terkasar bahasa ke apa tapi berdasarkan saya belajar di kv ni alhamdulillah semua masalah dapat diselesaikan
DeleteKebanyakan course di kolej vokasional sudah mendapat pengiktirafan dari MQA..ada juga yang masih dalah usaha untuk diiktiraf...boleh tngk dkt web MQA...senarai kv yg diiktiraf diploma ya
DeleteSaya nak tanya lepas habis diploma boleh ke sambung belajar di luar negara?
ReplyDeleteSlmt mlm..Sy ingin bertanya.Jika murid itu gagal bengkel sem 2 adakah nnti dia akan diterima masuk dvm?tetapi jika murid itu lulus di sem 3 adakah dia akan naik dvm?
ReplyDeleteSoalan yg ke 2 jika murid itu mengambil 2 tahun shaja adakahh dia bole masuk apa2 pekerjaan seperti mengisi spa8?Mohon penjelasan....
sy pun tggu jwpn balas utk soalan ini..
Deletesy pun tggu jwpn utk soalan ini...harap ada yg sudi jwb..
Delete1. Seeloknya sub vokasional perlulah lulus bagi melayakkan diri ke peringkat diploma...dalam mata pelajaran umum juga perlulah perform sbb ada sesetngah course ada syarat tmbhn untuk masuk dip...sbgai contoh dip akaun, pelajar akaun perlu lulus matematik sekurang kurangnya C+(kalau xsilap saya la)
Delete2. Jika pelajar tu belajar sehingga SVM sahaja dia boleh ja mengisi apa2 pekerjaan...sekrang nak masuk tentera pon dah boleh dengan SVM...SVM ni setara dengan 3 kredit SPM