
MAXIS Berhad (Maxis) menaja biasiswa
Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) kepada 17 pelajar prasiswazah bagi
melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
Biasiswa itu disampaikan oleh
Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad
Raja Tun Uda dalam majlis yang turut dihadiri oleh ibu bapa penerima,
panel pemilihan MSEA dan wakil universiti.
Pelajar terbabit merupakan kumpulan
pertama menerima biasiswa MSEA bagi tahun ini setelah melalui proses temuduga
dua peringkat penelitian oleh panel hakim.
Menurut Raja Arshad, MSEA
diperkenalkan untuk mempromosikan kecemerlangan dan percaya melalui usaha itu
dapat membantu meningkatkan pembangunan generasi muda yang berbakat dan
mempunyai masa depan yang cerah.
Biasiswa MSEA merupakan salah satu
cara menyediakan bantuan kewangan kepada penerima dan membolehkan mereka ini
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan selesa.
Sejak penubuhan MSEA pada tahun
2005, Maxis melabur lebih RM41 juta dalam bentuk biasiswa kepada 226 pelajar di
negara ini.
MSEA terbahagi kepada dua kategori
iaitu prasiswazah dan pasca siswazah dan dua pengambilan untuk MSEA setiap
tahun iaitu April dan September.
Salah seorang penerima MSEA, Nur
Farhanah Mohamad Noor, berkata, dia menghargai keprihatinan Maxis
menyediakan bantuan biasiswa tersebut. Katanya, walaupun melalui pelbagai
peringkat temuduga namun dia berpuas hati dengan tahap ujian panel hakim.
No comments:
Post a comment