Tuesday, 9 April 2013

Program Baru Universiti Malaysia Pahang (UMP)









UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) bakal menawarkan dua program baharu iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Insfrastruktur) bagi sesi akademik 2013/2014 bermula September ini.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim, dua program yang ditawarkan itu membabitkan kerjasama UMP dengan universiti luar negara. Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli merupakan program kerjasama dengan Institut Technology Tallaght, Ireland.

Bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Insfrastruktur) di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, ia melibatkan program kerjasama dengan University of Southern Queensland, Australia, baru-baru ini.

UMP menawarkan dua program dwiijazah melibatkan kerjasama dengan pihak institusi pengajian di Jerman, Hochschule Karlsruhe, University of Applied Sciences (HsKA) melibatkan bidang kejuruteraan automotif dan kejuruteraan mekatronik yang kini memasuki tahun keempat.
Terdapat 32 program ditawarkan UMP bagi pengambilan pelajar di peringkat prasiswazah sesi akademik kali ini dimana 27 daripadanya merupakan program di peringkat ijazah sarjana muda dan lima program di peringkat diploma. Kemasukan pelajar bagi program diploma adalah pada Jun ini manakala program ijazah sarjana muda pada September ini. 

UMP juga bakal memperkenalkan program yang merupakan satu-satunya bidang yang masih baharu untuk memenuhi keperluan negara, iaitu program dwiIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan.
Ini merupakan hasil kerjasama UMP dengan Reutlingen University (RU) Jerman yang bakal ditawarkan pada tahun hadapan. Program ini yang lebih memfokuskan dua aspek iaitu kejuruteraan dan perniagaan berbanding program kejuruteraan yang berasaskan sains konvensional,

Keunikan program yang ditawarkan membolehkan pelajar terdedah kepada latihan yang lebih mengutamakan pengetahuan pengurusan selain dapat mengikuti kursus dalam bidang kejuruteraan iaitu 50 peratus kejuruteraan dan 50 peratus pengurusan perniagaan. ni memberi lebih banyak pilihan untuk penyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya melahirkan modal insan berketerampilan dan berpengetahuan tinggi.

No comments:

Post a Comment