Monday, 29 April 2013

UPM Juara Zon Tengah Selatan

 UPM juara Zon Tengah Selatan
UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) menebus kekecewaan lalu, dengan menjinakkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam 28-18 sekali gus memastikan kejuaraan Liga Bola Jaring IPT Zon Tengah Selatan, milik mereka.

UPM sekali lagi dibantu ketepatan balingan Nur Ain Omar, untuk atasi UiTM yang kalahkan mereka di suku akhir Sukan Antara IPT tahun lalu, memaksa lawan sekadar berpuas hati di tempat ketiga, di belakang University Taylor's.

Nur Ain, membuktikan kemampuan sebagai penyerang berbisa apabila menyumbang 23 mata untuk UPM dan bakinya menerusi Siti Nur Shahidah Silahuddin.


Kemenangan itu membolehkan UPM memperoleh RM2,000 sebagai juara zon manakala Taylor’s dan UiTM, masing-masing menerima RM1,500 dan 1,000.

No comments:

Post a Comment