LIMA institusi pengajian tinggi
(IPT) di Melaka menjalin perjanjian persefahaman (MoU) bersama Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menjalinkan kerjasama akademik.
Lima IPT yang terlibat adalah Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST), Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISSMA).
MoU itu merupakan sebahagian usaha
meningkatkan pengetahuan dalam mempelajari dan teknologi baharu
melalui kursus-kursus yang ditawarkan dan langkah itu menepati matlamat UPSI
yang meletakkan harapan menjadi universiti pendidikan di rantau ini dan menjadi
Leading Education University di Asia.
MoU tersebut yang turut dihadiri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Dewan Konvensyen E-Learning
UPSI. MoU dengan lima IPT tersebut dianggap mampu mencetuskan pencapaian lebih
besar dalam bidang pembangunan penyelidikan dan inovasi agar pencapaian dalam
sektor pendidikan dapat ditingkatkan lagi.
Kerajaan negeri juga menggalakkan
dan memberikan sokongan agar semua institusi dimiliki kerajaan negeri
mengadakan kerjasama dengan UPSI dalam usaha menjadikan Melaka sebuah Bandar berpendidikan
tinggi.
Ini juga, kata beliau, membantu
Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa yang telah ditubuhkan dalam
usaha kerajaan negeri memartabatkan dan memperkembangkan di negeri ini.
Ketua Eksekutif KAYM, Datuk
Saroni Judi menyatakan jalinan kerjasama itu antara lain adalah bagi
meningkatkan program penyelidikan serta penawaran kursus peringkat diploma dan
sijil di kedua-dua institusi itu.
KAYM akan bekerjasama dalam
menawarkan kursus-kursus pendek, perkhidmatan perpustakaan, penggunaan
peralatan pengajaran dan pembelajaran. Ia termasuk juga kemudahan ruang yang
dapat memberikan faedah dan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Kerjasama tersebut melibatkan
beberapa fakulti seperti Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Ekonomi,
Fakulti Pendidikan, Fakulti Muzik dan Persembahan, Fakulti Komputer dan Inovasi
serta Institut Peradaban Melayu.
No comments:
Post a Comment