Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus melakar kejayaan
membanggakan selepas muncul johan dalam pertandingan Materials Lecture
Competition 2013 (MLC 2013) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Proses penjenamaan semula dan transformasi yang dilakukan berjaya mengangkat
kedudukan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) sebagai institusi pengajian tinggi swasta
bumiputera yang terbesar dalam negara dari segi bilangan pelajar.
Kolej Universiti Islam
Perlis (KUIPs) dan World Islamic Call Society (WICS) yang berpangkalan
di Tripoli, Libya memeterai perjanjian kerjasama dalam bidang akademik
dan wakaf baru-baru ini.
SEBANYAK 200 kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
telah mengikuti aktiviti Riadah Bersama Naib Canselor di Kompleks Sukan
Kampus Induk universiti itu baru-baru ini.
Graduan dan profesional yang melawat Hari Terbuka dan Pameran Pascasiswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini berpeluang mendengar taklimat tentang Linkedln, sebuah syarikat rangkaian antarabangsa profesional dan sosial di dunia siber.
Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA buat julung kalinya meraikan para graduan di bawah program Pembelajaran Jarak Jauh (e-PJJ) dalam majlis “Malam Graduan iNED 2013” yang diadakan pada 7 Jun lalu, bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Majlis tersebut anjuran bersama iNED dan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perhubungan Awam (e-PJJ).
Calon lulusan SPM yang memohon ke Politeknik Premier boleh membuat semakan keputusan permohonan di www.politeknik.edu.my.
PERHATIAN:Semakan keputusan rayuan permohonan ke Politeknik Premier boleh dibuat mulai pukul 4.00 petang 14/06/2013.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN e-RAYUAN
KEMASUKAN KE IPTA / POLITEKNIK PREMIER BAGI
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2013/2014 [KLIK DI SINI]
MAKLUMAN :
1. DASAR PEMILIHAN TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TEMPAT SELEPAS PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DI IPTA.
2. CALON YANG TELAH MENDAFTAR DI KOLEJ MATRIKULASI TIDAK DIPERTIMBANGKAN DALAM PEMILIHAN RAYUAN INI.
Lima universiti awam di Malaysia disenaraikan sebagai antara 100 buah universiti terbaik di rantau Asia.
Grafik: The Star Online