Monday, 17 June 2013

iNED Rai Graduan Terbaik 2013














Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA buat julung kalinya meraikan para graduan di bawah program Pembelajaran Jarak Jauh (e-PJJ) dalam majlis “Malam Graduan iNED 2013” yang diadakan pada 7 Jun lalu, bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Majlis tersebut anjuran bersama iNED dan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perhubungan Awam (e-PJJ).


Pada majlis sama, dua graduan iNED, Airam a/p Bau dan Faridah Abdullah telah menerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan bagi tahun 2013. Airam dan Faridah ialah graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), Fakulti Pengurusan Perniagaan. Mereka merupakan penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-78 yang berlangsung pada Mei lalu.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM, Prof Ir Dr Haji Abdul Rahman Omar. Hadir sama, Setiausaha Politik, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg Dato’ Dr Suhaimi Ibrahim dan Pengarah iNED, Prof Madya Dr Roslani Embi.

Seramai 412 graduan diploma dan ijazah e-PJJ pelbagai program telah menamatkan pengajian dengan pencapaian yang sangat membanggakan.

No comments:

Post a Comment