Sunday, 2 June 2013

Tawaran Pinjaman Pengajian Yayasan Kelantan Darulnaim


Permohonan tawaran pinjaman untuk mengikuti kursus bagi peringkat Ijazah Pertama dan Diploma di Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Sesi 2013 / 2014

Permohonan dipelawa kepada Warganegara Malaysia peranakan Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Diploma di IPTA sahaja dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.

Kelayakan Permohonan.
1. Warganegara peranakan Kelantan
2. Mendapat tawaran IPTA
3. Lulus SPM dengan Kepujian Bahasa Melaysia

Cara Permohonan
1. Dibuat dengan membeli borang permohona berharga RM 2 secara tunai.
2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan salinan surat tawaran, sijil kelahiran dan persekolahan yang berkaitan yang telah disahkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah di hantar sebelum atau pada 31 Julai 2013.

Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diperolehi di :

Yayasan Kelantan Darulnaim
Tingkat 5, Komplek Yakin, Jln Gajah Mati,
15000 Kota Bharu
Kelantan.
Tel : 09-7483213/7446127

4 comments: