Friday, 26 July 2013

UiTM bina makmal baharu Falkulti Sains RM25 juta


Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan membina makmal baharu bernilai RM25 juta bagi menggantikan empat buah bilik makmal Fakulti Sains yang musnah dalam kebakaran pada pertengahan bulan ini. 

Tuesday, 23 July 2013

Kemaskini Permohonan Rayuan Kemasukan ke Disember 2013






  • Calon yang tidak berjaya bagi kemasukan Sesi Jun 2013, sila kemaskini permohonan anda untuk proses kemasukan Sesi Dis 2013 mulai 19 Julai 2013 sehingga 19 Ogos 2013.
  • Keputusan permohonan bagi kemasukan Sesi Dis 2013 (Fasa 1) akan diumumkan pada 23 Ogos 2013.

Monday, 22 July 2013

Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik (Sepenuh Masa)

Permohonan Kemasukan ke Politeknik bagi Program Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa boleh dibuat secara Online

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik (Sepenuh Masa)

  • Lulusan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik dipelawa untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik
  • Prosedur Permohonan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik boleh dilihat DISINI
  • Tatacara Pembelian NO PIN boleh dilihat DISINI



Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi September 2013 ini akan ditutup pada 30 Julai 2013.



Friday, 12 July 2013

41,573 calon ditawar ke IPTA


Putrajaya: Sebanyak 41,573 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi ditawarkan untuk mengikuti pengajian di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/2014.

Risau anak diterima ke IPTA

Risau anak diterima ke IPTA
PASIR MAS – Seorang suri rumah di Kampung Hutan Pasir, runsing memikirkan perbelanjaan yang diperlukan untuk membiayai pengajian anak, sekiranya diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), September ini.

Thursday, 11 July 2013

SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN LEPASAN STPM /MATRIK /ASASI /STAM /DIPLOMA SESI AKADEMIK 2013/2014


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN LEPASAN STPM /MATRIK /ASASI /STAM /DIPLOMA & SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014 

BOLEH DISEMAK MELALUI :-

SALURAN 1 : https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan
SALURAN 2 : http://jpt.uum.edu.my/
SALURAN 3 : https://jpt.utm.my/
SALURAN 4 : https://jpt.ums.edu.my/
SALURAN 5 : https://jpt.unimas.my/

TAIP: UPU<jarak>RESULT<jarak>NOKP dan SMS ke 15888

Tuesday, 2 July 2013

Monday, 1 July 2013

UiTM : Surat sebenarnya oleh sebuah KOLEJ SWASTA


 Photo: Perhatian kepada semua pelajar dan calon pelajar. Baru-baru ini terdapat surat tawaran temuduga bagi kemasukan ke program iNED-UiTM menggunakan kepala surat berlogo (letterhead) iNED. Untuk makluman semua, pihak iNED tidak pernah mengeluarkan surat seumpama itu kepada calon-calon pelajar lepasan SPM 2012 mahupun lepasan SPM tahun sebelumnya. Surat berkenaan sebenarnya dikeluarkan oleh sebuah KOLEJ SWASTA yang berpusat di Kuala Lumpur bagi temuduga kemasukkan ke program-program akademik dibawah kendalian institusi itu sendiri, ia tiada kaitan dengan iNED secara khasnya mahupun UiTM secara umumnya. Ditegaskan disini juga bahawa iNED mahupun UiTM tidak pernah mengenakan sebarang yuran untuk proses temuduga. RM400 yang tertera didalam surat berkenaan sebenarnya adalah caj yang dikenakan oleh KOLEJ SWASTA itu sendiri. Kepada sesiapa yang telah menerima surat seumpama itu ataupun mengenali sesiapa yang telah menerimanya, mohon ambil maklum tentang perkara ini. Pihak iNED tidak akan bertanggung jawab keatas sebarang perkara atau kejadian yang berlaku sekiranya calon-calon menerima tawaran tersebut. Segala tanggungjawab dan risiko adalah tertakluk kepada institusi yang mengeluarkan surat berkenaan dan calon-calon itu sendiri. Diharap semua pihak dapat bekerjasama untuk membendung tindakan tidak bertanggungjawab ini (penipuan dan penyalahgunaan letterhead iNED). Sekian harap maklum



Perhatian kepada semua pelajar dan calon pelajar. Baru-baru ini terdapat surat tawaran temuduga bagi kemasukan ke program iNED-UiTM menggunakan kepala surat berlogo (letterhead) iNED.