Saturday, 31 August 2013

UMK timbang permohonan pelajar dari Mesir

 
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersedia mempertimbangkan permohonan pelajar-pelajar yang balik dari Mesir untuk mengikuti program di universiti tersebut sekiranya mereka mengambil keputusan meneruskan pengajian di negara ini.


Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, UMK akan menerima setiap permohonan ke mana-mana program yang sesuai berdasarkan program yang diambil ketika di Mesir dan kelayakan akademik pemohon.

Pelajar yang berminat boleh mengemukakan permohonan segera memandangkan tempoh yang ada cuma dua minggu kerana ia diselaraskan dengan pendaftaran baru pelajar bagi sesi September 2013.

Senat UMK akan mempertimbangkan setiap kes (permohonan) kerana ia melibatkan soal pengiktirafan dan pemindahan kredit dari universiti di Mesir kepada UMK. Secara umum UMK tidak ada masalah mengambil pelajar-pelajar itu sekiranya mereka sanggup menerima syarat yang kita tetapkan antara lain syarat kelayakan untuk masuk ke program yang ada di UMK.

No comments:

Post a Comment