Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2013/2014 Pengambilan Januari 2014 & Mac 2014 telah dibuka sekarang.
Anda boleh mendaftar secara atas talian menerusi portal JPKK.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan bahawa para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 boleh menyemak keputusan mereka pada hari Khamis 19 September 2013.
Keputusan MUET Sesi Julai 2013 boleh diperolehi dengan cara berikut;
- Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
- Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT No. MyKad dan hantar ke 15888 mulai pukul 12:01 tengahmalam.
- Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau terus ke Semakan Keputusan MUET mulai pukul 9:00 pagi.
- Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDN
bagi sesi 2013/2014 mulai 9 September 2013. Permohonan ini adalah untuk
pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian
di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2013/2014 dan
pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) yang disenaraikan.
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) akan dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) menjelang Januari 2014
Lebih 32,000 pelajar mendaftar diri bagi memulakan pengajian sesi
akademik 2013/2014 membabitkan 10 universiti awam seluruh negara mulai
semalam.