Thursday, 5 September 2013

KPTM akan dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Poly-Tech Mara KUPTM pada 2014

 
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) akan dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) menjelang Januari 2014


Penaiktarafan itu yang diluluskan Kementerian Pelajaran minggu lalu diharap membuka peluang lebih luas kepada mereka yang tidak berkemampuan ke universiti terutama mereka di luar bandar.

Banyak syarat harus dipatuhi seperti mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus tenaga pengajar yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (Masters),dan Ijazah Sarjana Muda.

Penaiktarafan itu akan dimulai dengan KPTM kampus Kuala Lumpur sebelum
diteruskan ke kampus cawangan lain seluruh negara.

No comments:

Post a Comment