Wednesday, 18 September 2013

Semakan Keputusan MUET


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan bahawa para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 boleh menyemak keputusan mereka pada hari Khamis 19 September 2013.
Keputusan MUET Sesi Julai 2013 boleh diperolehi dengan cara berikut;
  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT No. MyKad dan hantar ke 15888 mulai pukul 12:01 tengahmalam.
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau terus ke Semakan Keputusan MUET mulai pukul 9:00 pagi.
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos.

No comments:

Post a Comment