Wednesday, 16 October 2013

Mohd. Noh dilantik semula Naib Canselor UTHM

 

Jawatan Datuk Prof. Dr. Mohd. Noh Dalimin sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) disambung selama dua tahun lagi.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya, pelantikan semula Mohd. Noh adalah berdasarkan pencapaian cemerlang beliau dalam memastikan proses transformasi dari sebuah kolej universiti kepada universiti.

Mohd. Noh yang merupakan anak kelahiran Johor mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pintas Raya dan Limpoon Primary English School, seterusnya di Sultan Sulaiman English School dan Sekolah Menengah Batu Pahat.

Antara pencapaian akademik beliau adalah memperolehi ijazah dalam bidang Fizik daripada Universiti Gadjah Mada, Indonesia; Sarjana (Sains) dalam bidang Solid State Physics daripada Bedford College, University of London dan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Experimental Solid State Physics, Imperial College London.

Beliau pernah memegang jawatan Dekan dan Timbalan Dekan di Fakulti Sains dan Teknologi serta Fakulti Sains dan Alam Semulajadi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor UMS.

No comments:

Post a Comment