Friday, 29 November 2013

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 Secara Datang Terus (Walk In)


Calon-calon lulusan SPM yang berminat boleh hadir ke Politeknik yang berdekatan dengan membawa dokumen berikut:
a) Salinan keputusan SPM
b) Salinan sijil ko-kurikulum Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang disahkan
c) Salinan Kad Pengenalan

Penawaran adalah tertakluk kepada syarat kemasukan dan kekosongan program.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Disember 2013.

Thursday, 28 November 2013

Semakan Keputusan Rayuan Pelajar Ke Program Diploma bagi Lepasan Sijil Kolej Komuniti Sesi Disember 2013 Fasa 2



Semakan Keputusan Rayuan Pelajar Ke Program Diploma bagi Lepasan Sijil Kolej Komuniti Sesi Disember 2013 Fasa 2

  • Calon-calon yang telah membuat permohonan rayuan boleh menyemak keputusan mulai 28 November 2013 jam 12.00 tengahari


Wednesday, 27 November 2013

MPP UTM : 66 calon tawarkan diri rebut 56 kerusi.


Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPPUTM) bagi sesi 2013/2014 yang diadakan di kedua-dua kampus iaitu di Skudai dan Kuala Lumpur menyaksikan 66 calon menawarkan diri bagi merebut 54 kerusi yang dipertandingkan.

Wednesday, 20 November 2013

UPM diiktiraf antara 100 terbaik dalam bidang pertanian


Universiti Putra Malaysia (UPM) diiktiraf antara 100 yang terbaik dalam bidang pertanian, perhutanan serta pendidikan mengatasi lebih 2,000 universiti lain berdasarkan kajian terbaharu Kedudukan Universiti Dunia QS 2013/2014.

Wednesday, 13 November 2013

UiTM sasar tingkatkan 250,000 jumlah pelajar menjelang 2020

 
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah menyambut baik dan memberikan sokongan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan peningkatan jumlah pelajarnya kepada 250,000 menjelang 2020. 

Friday, 8 November 2013

Kolej Bunga Raya juara Perarakan Citrawarna Unimas


Kolej Bunga Raya dinobatkan sebagai juara Perarakan Citrawarna sempena Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) 2013.

Datuk Mohamed Nizam Tun Abdul Razak dilantik sebagai Canselor pertama UNITAR International University (Unitar)


Datuk Mohamed Nizam Tun Abdul Razak dilantik sebagai Canselor pertama UNITAR International University (Unitar) pada majlis konvokesyen sulung universiti.

Wednesday, 6 November 2013

Dua produk penyelidikan UniMAP rangkul pingat emas di IENA 2013


Dua produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggondol pingat emas dalam International Fair Ideas-Inventions-New Product (IENA) 2013 yang berlangsung empat hari di Nuremberg, Jerman.

Monday, 4 November 2013

USM sasar terbit 100 buku setahun



Universiti Sains Malaysia (USM) menyasar menerbitkan 100 buah buku ilmiah setahun dalam masa lima tahun akan datang.