Friday, 8 November 2013

Datuk Mohamed Nizam Tun Abdul Razak dilantik sebagai Canselor pertama UNITAR International University (Unitar)


Datuk Mohamed Nizam Tun Abdul Razak dilantik sebagai Canselor pertama UNITAR International University (Unitar) pada majlis konvokesyen sulung universiti.


Datuk Mohamed Nizam menyifatkan pelantikan beliau itu sebagai suatu penghormatan untuk dirinya dan antara pencapaian yang amat bermakna bagi diri dan keluarganya.

"Saya berjanji akan melakukan yang terbaik sebagai Canselor Unitar untuk menjulang nama baik universiti ini dan mengemudi institusi pengajian ini ke tahap lebih tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya.

Mohamed Nizam, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Oxon) Politik, Falsafah dan Ekonomi.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengerusi, pengarah dan anggota jawatankuasa audit beberapa syarikat swasta dan senaraian awam di Malaysia seperti Deutsche Bank Malaysia (perbankan), Delloyd Ventures Berhad (alat ganti kenderaan), Mamee- Double Decker (M) Berhad (makanan), Yeo Hiap Seng (M) Berhad (makanan) dan kumpulan syarikat Wah Seong (minyak dan gas).

No comments:

Post a Comment