Wednesday, 6 November 2013

Dua produk penyelidikan UniMAP rangkul pingat emas di IENA 2013


Dua produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggondol pingat emas dalam International Fair Ideas-Inventions-New Product (IENA) 2013 yang berlangsung empat hari di Nuremberg, Jerman.


Kenyataan Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr. Kamarudin Hussin menyebut produk yang meraih emas ialah Alkaline Activated Environmental Friendly Composite Materials dan Hybrid FIWI Modified Double Weight OCDMA for Future Broadband Access Network.

Produk Alkaline Activated Environmental Friendly Composite Materials adalah hasil penyelidikan Kamarudin bersama Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah, Profesor Madya Che Mohd. Ruzaidi Ghazali dan Profesor Madya Dr. Khairul Nizar Ismail yang dibiaya King Abdul Aziz City For Science and Technology khusus bagi menghasilkan produk binaan mesra alam untuk diadaptasi di Arab Saudi.

Produk itu turut merangkul anugerah khas IFIA Certificate Appreciation dan Special Price Agency on Science and Access Innovation Ukraine.

Produk Hybrid FIWI Modified Double Weight OCDMA for Future Broadband Access Network pula hasil penyelidikan bersama Dr. Amir Raziff, Profesor Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid, Ir. Dr. Anuar Mat Safar, Junita Mohd. Nordin, Mohd. Rashidi Che Beson dan Dr. Hilal Adnan Fadhil dan turut menerima anugerah khas International Warsaw Invention Show.

UniMAP turut meraih pingat perak menerusi produk Pilling Depth Logger System hasil penyelidikan bersama Mohd. Nazri Abu Bakar, Profesor Madya Abdul Rahman Mohd. Saad dan Zulkapli Abdullah manakala produk QMP-CoQ Forecasting Model for Automotive Industry System Index ciptaan Dr. Shahar Jusoh Muhammad dan Dr. Mazlee Mohd. Noor mendapat gangsa.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment