Wednesday, 27 November 2013

MPP UTM : 66 calon tawarkan diri rebut 56 kerusi.


Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPPUTM) bagi sesi 2013/2014 yang diadakan di kedua-dua kampus iaitu di Skudai dan Kuala Lumpur menyaksikan 66 calon menawarkan diri bagi merebut 54 kerusi yang dipertandingkan.



Menurut Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Mahasiswa dan Alumni UTM, Dahari Derani.  Daripada 54 kerusi tersebut, 10 adalah untuk kerusi umum, 36 pula kerusi fakulti dengan tiga kerusi bagi setiap fakulti manakala lima kerusi untuk penuntut kampus Kuala Lumpur iaitu melibatkan Pusat Pengajian Diploma, Razak School dan Institut Kejuruteraan Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun.

Baki tiga lagi kerusi adalah untuk lantikan umum dengan melibatkan masing-masing satu kerusi bagi penuntut pasca siswazah di kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta penuntut antarabangsa.

Di kampus UTM Skudai, daripada 12 fakulti yang ada, pertandingan merebut kerusi fakulti hanya akan berlangsung untuk Fakulti Perkomputeran kerana jumlah calon menawarkan diri untuk bertanding adalah empat orang, manakala selebihnya menang tanpa bertanding.

Calon yang menang adalah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Geoinformasi dan Harta Tanah, Alam Bina, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Sains, Pengurusan, Pendidikan dan Biosains dan Kejuruteraan Perubatan.

Dahari berkata, proses penamaan calon yang diadakan hari ini bermula pukul 8.30 hingga 11.30 pagi berjalan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Urus Setia Pilihan Raya yang dilantik oleh UTM.

Calon yang bertanding dibenarkan berkempen mulai pukul 8 malam ini hingga tengah malam 27 November (Rabu) di seluruh fakulti dan kolej kediaman.

Sebanyak 12,000 penuntut UTM di kedua-dua kampus yang merupakan warganegara Malaysia dan mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan diploma layak mengundi Khamis ini, bermula pukul 8.30 pagi hingga 3 petang.

Semua calon dinasihatkan supaya menggunakan tempoh kempen sebaik mungkin dan tidak sesekali menggunakan pendekatan serangan peribadi terhadap calon lain, selain berkempen secara fakta dan bukan emosi.

No comments:

Post a Comment