Tuesday, 3 December 2013

Kolej Poly-Tech Mara Semporna bantu anak desa lanjut pengajian


Graduan sulung Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Semporna membuktikan kehebatan tersendiri apabila mencapai kejayaan cemerlang termasuk menerima anugerah berprestij yang boleh menjadi kebanggaan pelajar daripada kalangan anak desa.

Graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Mohd. Saddam Abdul Rahman, 22,
dipilih sebagai penerima Anugerah Presiden dan Pingat Perak sempena konvokesyen itu.

Berasal dari Tawau dan bercita-cita menjadi usahawan, Mohd. Saddam memilih KPTM untuk melanjutkan pengajian kerana percaya dengan kualitinya, apatah lagi ia dekat dengan daerah kelahirannya.

Graduan Diploma Perakaunan, Massurayah Manimbora, 23, dari Kampung Ubian, Semporna, yang menyifatkan KPTM membantunya mencapai cita-cita melanjutkan pengajian memandangkan keluarganya bukan daripada kalangan berada.

Hadir sama pada konvokesyen itu ialah Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengerusi KPTM, Mohd. Azis Jamman.

No comments:

Post a Comment