Sunday, 15 December 2013

Festival Kokurikulum SKET tonjol bakat pelajar


MAHASISWA Universiti Malaya (UM) baru-baru ini menonjolkan kebolehan masing-masing menerusi Festival Kokurikulum Sket, UM (FKS@UM).

Festival itu dianjurkan oleh Seksyen Kokurikulum, Elektif Luar Fakulti dan TITAS (Sket) UM.
Acara yang berlangsung itu membolehkan para mahasiswa menzahirkan kemahiran generik iaitu kemahiran insaniah yang mampu memperkukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan, di samping meningkatkan keterampilan diri dan personaliti yang unggul.

Menurut kenyataan pihak penganjur, persembahan, pameran dan pertunjukan yang kreatif telah ditampilkan dengan menggunakan tema 'Homegrown'.

“Tema itu menggambarkan keupayaan mahasiswa untuk mempamerkan bakat hasil daripada pengalaman sosial harian sepanjang terlibat dengan kursus kokurikulum yang diambil mereka," kata kenyataan itu kepada .com.

Selain itu, FKS@UM turut memaparkan dan menerapkan elemen khidmat masyarakat apabila seramai 40 anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih, Titiwangsa serta 25 Orang Asli dari Pos Pantos, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang telah dijemput untuk terlibat sama menjayakan festival berkenaan.

Mereka yang terlibat dalam acara sukaneka dan tarian sewang dalam festival itu telah berjaya menarik perhatian pengunjung. 

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment