Wednesday, 1 January 2014

UniMAP minat jalin kerjasama dengan Lotus

 
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berminat menjalin kerjasama industri dengan Lotus, pengeluar kenderaan sports, terutama dalam bidang kejuruteraan automotif.


Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr. Kamarudin Hussin menyatakan UniMAP juga membangunkan teknologi automotif dan yakin kerjasama yang bakal diwujudkan itu akan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Semasa melakukan lawatan kerja ke kilang Lotus di Norwich dekat sini baru-baru ini, beliau berkata, perbincangan lebih lanjut akan dilakukan dengan Lotus bagi memastikan kerjasama itu lebih berkesan.
Lawatan kerja itu diketuai oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP.

Lotus mengeluarkan kira-kira 2,000 kenderaan setahun yang mana 90 peratus adalah untuk eksport kebanyakannya di pasaran Eropah.

No comments:

Post a Comment