Garis panduan baharu baucar buku (BB1M) kuatkuasa 1 Mei
Mahasiswa yang memiliki Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya
boleh membeli buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja,
berkuatkuasa pada 1 Mei depan.
KUALA LUMPUR - Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan akan
mengumumkan keputusan calon yang berjaya dalam program matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai esok.
Ketua Unit
Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan, Baharuddin Mohd Shairi
dalam kenyataan hari ini berkata pengumuman keputusan berkenaan adalah bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2013 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2013.
"Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di www.moe.gov.my,” katanya.
Tambah Baharuddin, bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program
Matrikulasi KPM sesi 2014/2015, mereka dikehendaki membawa bersama
vsurat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen matlamat pelajar serta
borang perjanjian pelajar (dua salinan).
Katanya, tarikh pendaftaran bagi Kolej Matrikulasi di seluruh Semenanjung ialah pada 26 Mei 2014. - Bernama