Tuesday, 2 September 2014

Pensyarah Kolej Komuniti Arau menang anugerah

Pensyarah Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Saiful Azley Samsudin, 35, dari Kolej Komuniti Arau, Perlis diumumkan sebagai penerima Anugerah Kajian Penulisan Terbaik Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Utara (SPeKKU) 2014.


Kertas kerja yang saya bentangkan hampir 15 muka surat itu, rupa-rupanya mendapat perhatian daripada empat ahli panel diketuai oleh Dr. Mohamad Dzahir Kasa dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Seramai 90 orang menyertai seminar bertemakan 'Memartabatkan Kolej Komuniti Sebagai Sebuah Institusi Penyelidikan Berkualiti' 

Urusetia seminar, Nor Zalina Mohd. Yusof berkata, ini kali pertama kakitangan dari 15 kolej komuniti di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang diberi peluang membuat pelbagai kajian berkaitan mutu pendidikan di kolej komuniti berkenaan.


Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan, Dr. Ishak Mohamad menyampaikan anugerah kepada pemenang.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment